in

Gara-gara Hidayah Beli Vellfire Baru, Ali Puteh Disindir & Dimaki Hamun Netizen

ft ali puteh respon hinaan netizen 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini isu mengenai Ali Puteh bersama balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali jadi hangat susulan dengan pendedahan Hidayah mengenai kehidupannya selepas pelawak itu meninggal dunia beberapa tahun lepas. Al-fatihah.

Antara yang menjadi tumpuan adalah isu mengenai kereta arwah, namun bulan lepas Hidayah ada kongsikan video TikTok menunjukkan kereta arwah yang menjadi kenangan saat arwah hidup bersamanya kini dah berada di tangan orang lain.


 

Hidayah dah beli Vellfire baru

Susulan itu, baru-baru ini Hidayah ada muat naik video di TikTok kongsikan kebahagiaannya yang kini telah membeli kereta jenis Toyota Vellfire baharu.

Menurutnya ia adalah hasil kerja kerasnya membuat perniagaan sabun, ramai netizen yang turut bersyukur melihat kejayaan Hidayah kini dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat untuk Hidayah terus maju.

“Alhamdulliah terima kasih keluargaku ni la hasilnya kerja keras,  jual sabun daun sukun.”

@hidayah_hamzah

❤️❤️ Alhamdulliah #dieyabeauty #sabundaunsukunhidayahabam #dieyabeauty #happyfamily #alfatihahsuamikusyedumarmokhtar #kesayanganibuayah

♬ original sound – ??NFU??ARTS309?? – ??️ ???????? ?️?

Dalam masa 2 hari video tersebut hampir mencecah 570K jumlah tontonan buat masa ini. Atas kejayaan itu, ada pula netizen yang ‘batu api’ menyerang Ali Puteh.

 

“Kakak ipar kau dah kuar Vellfire” – Netizen

Perkara itu didedahkan oleh Ali Puteh sendiri menerusi laman Instagram miliknya, foto screenshot komen netizen itu dilihat penuh dengan kata-kata kesat dan hinaan terhadapnya.

Ali Puteh bagaimanapun bersikap terbuka dan tenang dalam memberikan respon dan tohmahan yang diberikan kepadanya.

“Semangat dan terus kuat bila diperkatakan..terima kasih atas kata kata yg sgt indah ni..”

ali puteh respon hinaan netizen

Dalam pada itu, Ali Puteh yang menyertai Muzikal Lawak Superstar pernah menyatakan bahawa dirinya sedia berdamai dengan Hidayah malah menerusi temubual bersama mStar Online terbaru ini, Ali enggan mengulas isu terkini mengenai dirinya bersama Hidayah dan anggap ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Baca : “Mungkin ini balasan dosa saya” – Susah Dapat ‘Job’, Ali Puteh Nak Berdamai Dengan Hidayah

ft ali puteh nak berdamai dengan hidayah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.