Kemelut masalah rumah tangga di antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada semakin meruncing selepas baru-baru ini, pelakon tersebut membuat laporan polis mendakwa isterinya menyatakan hasrat untuk menggugurkan kandungan.
Nurul Shuhada yang dilaporkan mengalami keguguran anak ketiganya pada minggu lepas telah menafikan dakwaan tersebut dan semalam dia telah memaklumkan punca dirinya mengalami keguguran.

“Siasatan dah selesai. Tak ada kes”
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada memberitahu bahawa dia menunggu beberapa hari untuk memberi laporan kerana ingin memberi laluan kepada siasatan.
Hasil siasatan mendapati dia tidak bersalah dan dia juga mempunyai laporan doktor bagi mengesahkan punca keguguran tersebut.
Siasatan dah selesai. Tak ada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap Shu untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan, biasa tujuannya hendak polis ambil tindakan dan tangkap.
“Bila tak ada kes maknanya tuduhan Hafidz kata Shu tak jaga baik-baik. Konon sengaja. Tak betul. Tak tepat. Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya?” tulis Shuhada.

“Anak-anak sedia ada ni pun dah berapa bulan tak bayar nafkah”
Tambah Shuhada lagi, kenyataan Hafidz yang menyuruhnya menjaga kandungan dan bakal bertanggungjawab itu pun baginya hanyalah skrip semata-mata kerana pelakon berkenaan sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah anak-anak.
Malah Shuhada juga mendakwa walaupun sudah dimaklumkan mengenai kandungannya, Hafidz tidak bertanya khabar malah tidak mengambil berat akan keadaannya yang tertekan.

Bila Hafidz kata, ‘Hafidz suruh dia jaga kandungan baik-baik’. Maaflah, tak sama dengan apa yang awak kata bila awak minta saya tarik balik laporan polis.
“Fakta awak tak sama dengan apa yang awak ceritakan. Mudah bagi awak, tak ada dalam tempat saya. TAK DIKHIANATI, TAK DIPUKUL dan TAK MENGANDUNG dengan tekanan yang berlaku,” katanya.
Kata Shuhada lagi, dia juga mempunyai laporan doktor yang mengatakan dia gugur akibat tekanan.

Entah apa lagi tindakan lepas ni. Episod Mahkamah Syariah yang panjang. Entah apa lagi report polis yang akan datang. Shu hadap je semua,” katanya reda.
https://www.instagram.com/p/CsGjbI6v-f5/
Marilah kita doakan yang terbaik buat Shu dan semoga kesnya dengan suami dapat diselesaikan dengan baik.
Baca: “Anak dah tunggu kat syurga” – Shuhada Kesal Mahkamah Tangguh Prosiding Lafaz Cerai
 
					 Syaida Ismail
							Syaida Ismail
					
