in

Gambar Puteri Sarah & Bella Astillah Raya Bersama Undang Pujian Netizen

Syaz Ft 2024 06 18T152046.516

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz akhirnya bertemu noktah apabila pasangan itu sudah sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Terbaru, bersempena perayaan Aidiladha, Puteri Sarah Liyana menerusi laman Instagram miliknya berkongsi dia dan Bella menyambut perayaan itu bersama-sama.


Puteri Sarah yang merupakan bekas isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof itu berkongsi beberapa gambar dia dan Bella serta anak-anak mereka dengan kapsyen ‘sama-sama kita nikmati perjalanannya’.

“Dua-dua ini ibu yang tabah” 

Perkongsian serba sederhana itu mendapat pujian yang melambung daripada netizen, rata-rata memuji kecantikan serta ketabahan kedua-dua selebriti itu.

1 4

Sebagai info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Manakala Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Summayah.

Strong moms!

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.