in

Gambar Kecederaan Zayn Rayyan Tersebar di Telegram?

F3 Gambar Kecederaan Zayn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak malam tadi, kecoh di media sosial apabila gambar kecederaan pada keadaan mayat Zayn Rayyan telah dikongsikan satu saluran Telegram di aplikasi tersebut iaitu Edisi Siasat.


6 2 3
Gambar sekadar hiasan

Dalam perkongsian di saluran tersebut, dua keping gambar telah dimuat naik yang didakwa merupakan gambar kecederaan yang dimiliki oleh kanak-kanak autisme itu yang sehingga kini pembunuhnya masih belum ditangkap.

Salah satu dari gambar itu telah menunjukkan kecederaan di telinga yang didakwa merupakan milik mangsa.

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kes Penyebaran Maklumat Dari ‘Edisi Siasat’ Pasal Kes Bunuh Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: Selepas Dibawa Ke Hospital Oleh JKM, Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama 2 Bulan

Namun, setakat ini (ketika artikel ini ditulis), masih belum dapat dipastikan kesahihan gambar kecederaan itu adakah benar ia milik kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan.

Sebelum ini, pernah tular juga di media sosial tentang kertas siasatan kes pembunuhan kanak-kanak tersebut di Telegram.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diminta untuk bekerjasama dengan PDRM tentang dakwaan kertas siasatan yang tular itu.

Semoga misteri kes ini terungkai dengan segera agar arwah adik Zayn Rayyan mendapat keadilan. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Any Recover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.