in

“Gagal tunjuk surat tarik kereta” – Kes Tular Wanita Tak Puas Hati Kereta Ditarik, Polis Buru 3 Lelaki

Wanita Pecahkan Kereta Tak Puas Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang wanita merosakkan sebuah kereta di kediamannya.

Difahamkan, wanita itu bertindak sedemikian kerana ejen penarik kereta mahu menarik kereta tersebut disebabkan sudah beberapa bulan tidak dibayar kepada bank.


Pun begitu, dakwaan netizen mengatakan kereta tersebut telah dibayar kepada pemilik asal namun ia tidak dijelaskan kepada bank.

Katanya, kereta tersebut merupakan sebuah kereta ‘sambung bayar’ dan pemilik asal tidak bertanggungjawab untuk membuat pembayaran. Insiden ini telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Artikel berkaitan: Kes Pecahkan Kereta Sendiri Ada ‘Plot Twist’, Rupanya Kereta Sambung Bayar Tapi Owner Tak Bayar Di Bank?

Artikel berkaitan: “Ingat bank rugi ke?” – Netizen Anggap Tindakan Wanita Jahanamkan Kereta Sendiri Kurang Bijak

3 individu didakwa ceroboh masuk rumah untuk tarik kereta

Dalam perkembangan lain, polis kini mencari tiga lelaki yang dipercayai menceroboh masuk ke dalam kediaman yang terletak di Meru, Klang untuk menarik kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S.Vijaya Rao polis menerima laporan berhubung insiden terbabit dari seorang wanita pada jam 11.33 malam, 22 Oktober.

Menerusi laporan itu, tiga lelaki yang menaiki sebuah lori towing telah mengangkat pagar dengan tujuan untuk menarik kereta milik pengadu yang mempunyai tunggakan bayaran sewa beli kereta.

Namun polis mengesahkan pihak ejen penarik kereta gagal menunjukkan surat tarik kenderaan dari bank.

Manakala bayaran bulanan tertunggak adalah lebih kurang enam bulan, bukanlah lapan bulan seperti yang ditularkan dalam media sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut telah tertunggak bayaran bulanan lebih kurang 6 bulan.

“Walau bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan surat tarik kereta daripada bank kepada pengadu serta telah menceroboh masuk ke dalam kawasan parkir di hadapan rumah dengan cara mengangkat pintu pagar,” tulis kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan usaha untuk mengesan tiga individu itu sedang dilakukan.

Pihak polis dalam pada itu, menyeru agar tiada sebarang spekulasi mengelirukan dibuat oleh mana-mana pihak.

Banyak betul plot twist kes ni ya…

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.