in

Gagal Berdamai, Farid Kamil Tetap Enggan Lafaz Cerai Terhadap Diana Danielle

Farid Enggan Lafaz Cerai Gagal Berdamai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada hari ini bagi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Dalam laporan itu menyatakan isterinya, Diana Danielle selaku plaintif nekad untuk bercerai kerana mendakwa sudah tiada persefahaman.


Memetik sumber Kosmo!, walaupun laporan JKP menyatakan gagal menemui pendamaian, Farid dikatakan tetap dengan pendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya selepas ditanya hakim syarie mengenai persediaannya melafazkan cerai atau tidak.

Menurut laporan, disebabkan Farid tidak bersetuju, mahkamah memerintahkan kes cerai diteruskan dengan timbang tara (hakam).

Justeru, mahkamah telah menetapkan kes diteruskan ke peringkat seterusnya iaitu hakam keluarga dan menetapkan 15 Jun ini sebutan kes dan lantikan hakam.

Untuk pengetahuan, hakam ialah satu proses di mana pihak-pihak yang bertikai melantik seseorang bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara pihak-pihak berlandaskan hukum syarak.

553 1 1

“Diana tak salam, mungkin tak perasan”

Pada sesi prosiding ini, ibu bapa Farid turut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan dan doa untuk rumah tangganya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Farid menjawab Diana tidak bertemu dan bersalam kedua ibu bapanya.

“Dia tidak bertemu dan bersalam. Mungkin dia tak nampak dan mungkin dia tak perasan. Saya pun tak pastilah,” katanya.

Katanya lagi, ibu bapanya juga mungkin tak perasan kehadiran isteri itu memandangkan ramai yang memakai baju dengan warna sama ketika dalam mahkamah.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 8 Ogos ini bagi keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) Diana Danielle dan suaminya Farid berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anak mereka.

Baca: “Saya harap Diana boleh sertai” – Farid Kamil Bersyukur Dapat Tambah Hari Bertemu Anak-anak
Farid Kamil Hadanah Anak

Sumber: mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.