Terlalu banyak kes penceraian dalam kalangan artis baru-baru ini, semalam digemparkan pasal kes Diana Danielle berkenaan dengan tuntutan cerai terhadap suaminya iaitu Farid Kamil.
Menurut Harian Metro, permohonan cerai yang dilakukan oleh Diana Danielle itu adalah disebabkan syiqaq pada awal bulan lalu. Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai di sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari.
Definisi Syiqaq
Berikutan dengan isu tersebut, seorang peguam Syarie yang dikenali sebagai Atikah ada membuat satu perkongsian berkenaan dengan maksud Syiqaq.
Menurutnya, Syiqaq adalah berlakunya perbalahan yang berpanjangan dalam rumah tangga, bagaimanapun ia bukanlah perbalahan dalam jangka masa pendek yang selalu berlaku kepada kebanyakan pasangan suami isteri tetapi ia seperti perang dingin yang tiada penghujung namun masih dalam ikatan suami isteri.
Ada yang sampai tak tinggal sebumbung dan tinggal berasingan secara berasingan, tidak bertegur sapa dalam jangka masa lama.
“Bukan senang nak baiki rumahtangga yang mempunyai masalah berpanjangan. Sebenarnya suami ada banyak masa untuk pujuk atau membaiki hubungan rumahtangga tapi kalau dah tak dapat juga nak berbaik, sebab tula isteri failkan kes cerai.”
“Sebab isteri terikat dengan status sebagai isteri. Keluar kena minta izin dan kena jalankan tanggungjawab sebgai suami. Biasa isteri filekan cerai sebab tak nak terikat dengan suami sebab dah duduk asing.”
Diana Danielle mohon cerai atas sebab berlakunya syiqaq dalam rumahtangga. Ramai xtahu pe itu syiqaq.
Syiqaq ni bila berlakunya perbalahan yg brpanjangan dlm rumahtangga. Kalau arini gaduh esok dh baik, bukan syiqaq.
Syiqaq ni gaduh tak baik2, lg jelas syiqaq bila dah- https://t.co/qWlfL8YFOC
— Peguam Syarie Atikah (@Atikah10490) March 20, 2023
Perkongsian yang telah meraih hampir 9,000 jumlah retweets dalam masa 16 jam ini telah menarik perhatian netizen untuk mengetahui satu perkara baru berkenaan dengan kes rumah tangga.
Ilmu baru ni – Netizen
Satu info baru untuk kita, tapi lepas ni jangan pula bergaduh sikit pergi tuntut syiqaq, pening peguam nanti. Apapun semoga urusan antara Diana Danielle dan Farid Kamil ini ada jalan penyelesaiannya.
Baca : Diana Danielle Ada Hak Larang Farid Masuk Rumah Sebab Dia Bayar Sewa – Peguam