in

Gadis Terpaksa Lompat Keluar Kereta Lepas Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing

Untitled Design 2022 04 01T110627.995

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berjalan seorang diri bagi wanita khususnya boleh jadi sangat berbahaya, banyak perkara boleh berlaku bukan sahaja berkenaan jenayah malah kemalangan.

Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang remaja wanita terpaksa melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak selepas pemandu e-hailing itu didakwa mencabul dan menyamunnya berhampiran Jalan Kionsom Inanam, Sabah semalam.


Sexual Harassment During Rideshare 1170X670 1

Menerusi laporan The Star, jurujual berusia 19 tahun itu telah menaiki sebuah kereta berwarna biru tua pada jam 9 pagi selepas memesan e-hailing untuk pergi ke tempat kerja di Menggatal berhampiran Inanam.

Insiden menyeramkan itu sebelum ini diketahui dan tersebar di pelbagai platform media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Rakman berkata pemandu itu memberitahu mangsa bahawa dia terpaksa melencong menggunakan jalan pintas kerana laluan utama sesak.

“Ketika mereka menghampiri kawasan air terjun Kionsom, pemandu didakwa meminta gadis itu menukar ke tempat duduk penumpang hadapan kerana dia duduk di belakang,” katanya.

Pemandu itu dikatakan telah meraba-raba paha gadis itu dan dia telah memberi amaran kepadanya supaya tidak melakukannya lagi.

Sempat keluarkan pisau untuk menyamun

Lalu, pemandu itu didakwa mengeluarkan pisau kecil dari poketnya dan meminta mangsa menyerahkan wangnya, disebabkan itu gadis tersebut memutuskan untuk lompat keluar daripada kereta tersebut yang menyebabkan kaki dan badannya tercedera.

Gadis itu sempat menghubungi rakannya untuk mendapatkan bantuan sebelum mereka membuat laporan polis mengenai insiden itu pada jam 1.14 tengah hari.

Supt George berkata siasatan awal mendapati kereta itu mempunyai nombor plat yang didaftarkan kepada kenderaan lain, beliau juga berkata sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan insiden itu boleh menghubungi pihak berkuasa.

Jaga diri ya semua!

Baca: “Tempat sempit pun buat kerja!” – [VIDEO] Wanita Rugi RM 5,000 Lepas Rantai Diragut Tepi Jalan

Untitled Design 2022 04 01T110312.098

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.