Undang-undang telah digubal untuk memastikan keselamatan masyarakat. Namun, terdapat juga segelintir manusia yang menghukum orang tanpa merujuk undang-undang yang sepatutnya.
14 orang ahli jawatankuasa (AJK) kampung di kejiranan Raja Ram di Muzaffarabad, Multan, Pakistan telah ditahan polis awal bulan ini atas tindakan menghukum seorang gadis yang tidak bersalah sebagai balasan atas kesalahan abangnya.
Menurut AsiaOne, punca terbesar gadis itu dirogol adalah kerana seorang lelaki telah berjumpa dengan AJK kampung dan membuat aduan tentang abang gadis itu yang telah merogol adiknya berusia yang 12 tahun pada bulan lepas.
Lelaki itu beritahu bahawa dia berasa sangat marah dan tidak berpuas hati terhadap abang wanita tersebut yang juga merupakan sepupunya. Jadi, dia mengharapkan AJK kampung itu dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik terhadap kes tersebut.
Selepas melakukan perbincangan bersama AJK yang lain, mereka memutuskan bahawa tindakan tegas perlu diambil. Oleh itu, mereka telah meletakkan hukuman rogol ke atas gadis berumur 16 tahun iaitu adik kepada perogol tersebut dan menetapkan bahawa itu adalah tindakan yang paling wajar diambil bagi mencapai keadilan. Eh macam tu pulak!
Merasakan hukuman yang diberikan AJK berkenaan betul dan adil, pengadu tersebut telah mengikut arahan dan terus merogol gadis itu sebagai balasan atas kesalahan abangnya! Adil apanya macam tu!
Selepas insiden itu, kedua-dua pihak telah membuat laporan masing-masing di balai polis akan jenayah yang telah berlaku.
Kini, pihak polis sudah pun menahan 14 orang AJK tersebut namun lelaki yang telah merogol kanak-kanak berusia 12 tahun itu bagaimanapun dilaporkan tidak pula ditahan. Nak tangkap, tangkap lah semua terus.
Apa punya undang undang lah macam tu. Yang jatuhkan hukuman satu hal, yang mengadu tu pergi ikut dah kenapa. Ada-ada saja!
Baca : Remaja 18 Tahun Ditahan Kerana Merogol Tiga Adik Perempuan Berusia 8 Hingga 14 Tahun