in

Gadis 15 Tahun Dipukul & Gantung Sampai Mati Sebab Melawan Ketika Cuba Dirogol

Suvita Digantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin lama, makin hilang perikemanusiaan dalam diri semua manusia atas muka bumi ni… Haih!

Semalam, The Sun melaporkan berita kekejaman yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan yang maut dibunuh sekumpulan empat lelaki.


Suvita Yadav, 15, berasal dari Uttar Pradesh di India telah dipukul dan digantung sampai mati kerana cuba melawan empat lelaki yang cuba merogolnya.

Kejadian yang berlaku pada 2 Oktober tu mula disedari oleh abang mangsa, Avnish Yadav yang bekerja di kebun keluarga selepas terdengar adiknya menjerit, lapor Times of India.

Avnish kemudian mencari dari mana datangnya jeritan tu dan sangat terkejut bila mendapati adiknya tergantung di pokok dikelilingi sekumpulan lelaki tu.

Dia kemudian cuba untuk selamatkan Suvita tetapi dihalang dan terus dipukul oleh kesemua suspek tersebut.

Berikut adalah kronologi kejadian malang menimpa remaja perempuan itu:

  • Suvita menghadiri sambutan tahunan sempena ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi yang diadakan di sekolah.
  • Ketika dalam perjalanan pulang pada jam 11 pagi, mangsa dikejar oleh sekumpulan lelaki dipercayai dari kampung sebelah dan cuba merogolnya.
  • Mangsa cuba melawan dan akibat daripada tu, kesemua suspek berang dan bertindak memukul dan menggantung Suvita di pokok menggunakan sehelai kain (scarf).
  • Abang mangsa terdengar jeritan, cuba mencari dan selamatkan adiknya di kebun tetapi dipukul oleh suspek.
  • Orang kampung bergegas ke kebun dan berjaya tangkap kesemua suspek.
  • Suspek diserahkan kepada pihak polis

Mayat mangsa kemudian dihantar untuk proses bedah siasat dan disahkan belum dirogol ketika mati. Kematian mangsa adalah disebabkan lehernya terjerut akibat digantung.

Menurut pihak polis, salah seorang suspek bernama Shivam memang mengenali mangsa.

“Ketika penyiasatan, kami dapati bahawa Shivam bekerja sebagai pemandu di sekolah Suvita dan mereka sudah jalinkan hubungan selama beberapa bulan.”

Menurut pakcik saudara Suvita, mangsa malah pernah dimarahi keluarganya sewaktu mereka dapati dia sedang bercakap dalam telefon dengan Shivam.

Hati-hatilah korang bila berkawan. Lagi satu, kalau perempuan jangan jalan sorang-sorang. Siang pun orang berani buat jahat sekarang ni!

Baca: Tak Sempat Jelajah Dunia, Wanita Mati Dirogol Lepas Baru Seminggu Travel

Maria

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.