Korang yang kenal dengan penyanyi Fynn Jamal, pasti tahu mengenai anak angkatnya bernama Arjuna yang menghidap autisme. Sejak dulu lagi, pelantun lagu ‘Arjuna Beta’ ini juga gemar berkongsi awareness tentang autisme di media sosial.
Baru-baru ini, tular di TikTok satu sesi temu bual oleh Fynn Jamal di sebuah bersama seorang pelajar PhD yang berjaya menyiapkan tesis bertajuk ‘Fiqah Autisme’.
Dah tanya ustaz tentang Fiqah Autisme tapi..
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zayan.my, Fynn Jamal dilihat terharu ketika berjumpa dengan pelajar PhD yang bernama Nur Arif. Lebih teruja, Arif sendiri yang berminat untuk membuat kajian terperinci mengenai fiqah autisme kerana tiada sesiapa lagi yang pernah membuat kajian tentang itu.
Artikel berkaitan: “Macam Extraordinary Attorney Woo” – Graduan Undang-undang Hidap Cerebral Palsy Berjaya Genggam Ijazah Dari UUM
Artikel berkaitan: Pelajar Autisme Buktikan Kekurangan Bukan Halangan, Kini Wakili Malaysia Ke Luar Negara
Disebabkan Fynn mempunyai seorang anak autisme, dia juga pernah bertanya kepada beberapa orang ustaz tentang fiqah autisme namun tiada jawapan yang terperinci mengenai itu.
Demi Allah saya cakap sebagai mak autisme, susah sangat nak cari jawapan tentang Fiqah Autisme. semalam tanya ustaz.. diorang sendiri tak ada jawapan. Nak kata masih dalam research and everything.
Fiqah orang autisme tak sama dengan orang biasa
Arif bagaimanapun menjelaskan secara ringkas tentang penyelidikan fiqah autisme yang berjaya dihasilkan olehnya. Kata Arif, setiap mereka yang mempunyai spektrum autisme mempunyai peringkat daripada ringan (mild) sehingga teruk (severe) jadi hukum fiqah bergantung kepada keadaan masing-masing.
Kalau yang boleh bezakan baik dan buruk mereka tu hukum dia sama macam orang lain. Tapi, kalau dia autisme yang tidak boleh bezakan baik buruk secara semula jadi.. ulama silam kata dia mempunyai masalah komunikasi yang teruk dan pengurusan diri yang tidak efisien, ia dipanggil ‘Al-Atta’.
Al-Atta dalam konteks ini merujuk kepada seseorang yang tidak gila tetapi tidak matang, jadi hukumnya sama seperti kanak-kanak mumaiyiz. Jika kanak-kanak autisme itu berada dalam golongan tersebut, sebarang jenayah dan transaksi jual beli perlu ditanggung dan dipantau oleh ibu bapa.
Kalau dia buat jenayah, ibu bapa kena ganti walaupun dia dah besar. Dalam jual beli, tak boleh transaksi yang besar… yang kecil sahaja. Ibu bapa yang kena uruskan transaksi tu.
Dalam hal perkahwinan pula, perlu ada izin daripada wali dengan syarat-syarat yang tertentu. Jika ingin berkahwin dengan orang yang menghidap autisme, keadaan tersebut perlu diberitahu kepada keluarga pasangan untuk mengelakkan salah faham selepas berkahwin.
@zayan.my MasyaAllah ! Hebatnya Arif dalam berbicara soal fiqh pada kita semua pagi ini. Malah lebih hebat dari yang kita yang normal ✨ #ZAYANshare #Fiqh #Autisme #Fiqah #Austistik #phd #Hebat #fyp #fypシ゚viral
Meninjau di ruangan komen, para ibu yang mempunyai anak austime terharu mendengar penjelasan daripada Nur Arif.
Tengok Fynn pun dah menangis kat sebelah… terharu dengar Arif jelaskan tentang fiqah ni..
Sumber: TikTok