Sudah menjadi tugas pihak bomba untuk menjaga keselamatan orang awam dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama sekali ketika kecemasan.
Jika kita berada di situasi di mana kita telah dibantu oleh seseorang atau sesebuah pihak, pastinya kita akan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut, betul tak?
Lain pula ceritanya buat individu ini, orang ramai telah menghubungi pihak bomba untuk memberitahu terdapat seorang pemandu yang tertidur di dalam kereta ketika masih di atas jalan raya.
Ketika bomba tiba dan berjaya membuka pintu individu terbabit, dia bertindak memaki beberapa orang bomba di situ, hanya kerana mereka mengejutkan individu itu daripada tidur.
https://www.facebook.com/173272483387403/videos/478915990700061/
Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat dan orang ramai menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan kerana risau tentang keselamatan individu terbabit.
“Lain kali tow je kereta dia”
Video berdurasi seminit dua puluh lapan saat itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen malah, ada juga yang beranggapan individu tersebut berada dalam keadaan mabuk. Tidak kurang juga yang bengang dengan perangai individu terbabit.
Aduh, macam ni pun boleh ek? Nasib baik ada yang tolong tau!