Semakin membesar seorang anak kecil itu, semakin panjang akal dan bertambah lagi karenah mereka ini. Kadang-kadang tu juga, kepandaian anak kecil ini mungkin tak pernah terbayang oleh orang tua mereka sendiri.
Macam kisah min nak kongsi kalini, menunjukkan kecerdikan dan sifat rajin seseorang kanak-kanak itu selepas dididik dengan baik oleh ibu bapanya.
Adik kecil jadi rider
Menerusi sebuah posting oleh @zulizzmer di TikTok, menunjukkan kerajinan seorang kanak-kanak perempuan ini yang rajin menolong ibunya ketika musim pandemik ini.
Dalam sebuah video yang dimuat naik, melihatkan seorang anak kecil perempuan ni datang ke rumah Zul untuk menghantar makanan. Rupanya, dia menghantar makanan jualan yang dimasak oleh ibunya sendiri untuk mencari duit sampingan di musim PKP ni.
Setibanya di depan pintu rumah Zul, anak kecil bernama Umairah ini memberi makanan yang dah dipesan Zul. Lalu dia beritahu jumlah harga makanan itu apabila ditanya Zul.
Zul juga sempat bergurau dengan Umairah ketika nak ambil duit untuk bayar makanan itu. Namun dengan comelnya, dia menggeleng seperti tanda tak setuju dengan pertanyaan lelaki tersebut.
Setelah dapat duit bayaran, dia terus menunggang basikal berwarna merah jambunya dan berlalu pergi.
Kecerdikan anak kecil ini mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 230k tontonan.
@zulizzmer COMEL KAN ? ?
“Cekap sis foodpandai ni buat kerja dia”
Di ruangan komen, karenah Umairah yang comel itu membuatkan ramai netizen jadi geram dengan dia. Ada menganggap yang rider ni betul cekap dan ada juga yang berniat nak order dengan si cilik ini kalau ada berdekatan.
Comel je adik ni. Minta dia delivery rumah min boleh ke?