in

“Fitnah berniat jahat” – Peguam Zara Qairina Tegas Gambar Tular Bersama Menteri Sabah Gambar Lama

ft peguam zara bergambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam yang mewakili kelaurga Zara Qairina, Shahlan Jufri menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan serta mengganggu perjuangan bagi menuntut kematian pelajar tersebut.

Ia berikutan dengan tular gambarnya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali di media sosial.


Artikel berkaitan : Bukan Sekadar Gurauan, Kenali 6 Jenis Buli Yang Kita Sering Terlepas Pandang

Artikel berkaitan : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Remb*t’ Balik Pembuli Ni

Gambar lama, tak ada kaitan dengan Zara Qairina

Tegas Shahlan, gambar bersama dua pemimpin itu adalah foto lama yang dirakam pada Jun lalu dan ia langsung tiada kaitan dengan kes kematian Allahyarham Zara Qairina. Cubaan pihak tertentu mengaitkannya adalah fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat.

“Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara. Sebagai peguam saya bertindak tanpa takut atau pilih kasih, menegakkan proses adil serta integriti undang-undang.”

“Saya tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan dan mengganggu perjuangan ini yang berlaku sejak daripada hari pertama saya dilantik sebagai peguam Zara.”

Dalam pada itu, gambar tersebut telah mencetuskan polemik dalam kalangan warganet apabila kelihatan kehadiran peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Ram Singh.

Screenshot 2025 08 21 155842

Selain itu, Shahlan turut menyatakan bahawa perkara utama yang beliau telah berjaya laksanakan selepas perlantikannya sebagai peguam keluarga Zara Qairina ialah melakukan penggalian semula kubur dan pelaksanaan bedah siasat atau post-mortem.

“Selain itu, berada di bilik bedah siasat selama lebih kurang lapan jam atas kehendak anak guam, memohon pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu maksimum 10 tahun dan permohonan inkues dibenarkan serta sedang berjalan.”

Sebelum ini, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.