Menonton Netflix untuk mengisi lapang bukanlah suatu yang asing lagi masa kini. Selain ianya mudah untuk diakses hanya dari rumah mahupun peranti yang menyokong platfrom penstiman tersebut. Kepelbagaian genre serta kandungan yang terdapat di platform berkenaan membuatkan ia menjadi pilihan ramai.
Selain mempunyai pelbagai genre filem mahupun siri, kandungan di Netflix yang sering ditambah juga membuatkan penonton tidak bosan dan mempunyai akses kepada puluhan ribu kandungan pelbagai bahasa yang lengkap dengan sarikata.
Kalau korang layari media sosial, pastinya ada yang akan merekomendasi pelbagai jenis filem atau siri menarik yang mereka temui di Netflix. Antara yang ‘trending’ bulan lepas dan menjadi bualan ramai ialah Gyeongseong Creature, The Brothers Sun dan juga Lift yang mula ditayangkan baru-baru ini.
#1. Gyeongseong Creature
Kalau korang peminat cerita Korea, cerita bergenre horror dan thriller ini dibintangi Han So Hee dan Park Seo Joon ialah salah satu cerita yang ‘wajib’ tengok sekarang ini. Siri ini mengisahkan seorang pemilik pusat gadaian yang bertemu dengan seorang gadis pencari orang hilang, di mana mereka terpaksa berhadapan dengan makhluk ganas yang lahir dari ketamakan manusia.
Ia berlatarkan tahun 1945, di Gyeongseong (nama lama Seoul), Korea Selatan ketika zaman penjajahan Jepun, di mana berlakunya ‘fenomena’ aneh di Hospital Ongseong yang dikaitkan dengan kehilangan ramai orang. Di sinilah segalanya mula terungkai…
Kalau korang nak tahu, hanya tiga hari selepas tayangan, musim pertama Gyeongseong Creature ni dah mendapat tempat dalam TOP 10 Global (Bukan Inggeris), naik ke tempat ketiga, dan muncul dalam senarai TOP 10 di 69 buah negara termasuk Brazil, Jepun, Singapura, Perancis dan Australia.
#2. The Brothers Sun
Mengisahkan tentang konflik, pengaruh serta kehebatan keluarga gengster Taiwan iaitu Sun, drama bergenre aksi-komedi karya Byron Wu dan Brad Falchuk ini antara salah satu drama yang patut korang tonton menampilkan pemenang anugerah Oscar kebanggaan Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh (TSMY), Justin Chien dan juga Sam Song Li.
Kalau nak diikutkan, ini merupakan penampilan pertama TSMY sejak memenangi Oscar Pelakon Wanita Terbaik dan beliau akan membawa watak sebagai ‘Mama Sun’.
Hasil carian di web juga mendapati, kebanyakan review memberikan rating tinggi buat siri ini dan korang boleh jangkakan banyak plot twist yang bakal membuatkan penonton tak berganjak dari skrin.
Bukan hanya aksi semata-mata, naskhah yang membariskan rata-rata pelakon Asia itu turut cemerlang disuntik elemen lelucon, emosi dan nilai kekeluargaan!
#3. Lift
Filem baharu daripada pengarah F. Gary Gray (The Italian Job, Straight Outta Compton & banyak lagi) mengisahkan sekumpulan penjenayah pakar yang direkrut untuk mencegah serangan pengganas dengan melakukan yang terbaik iaitu merompak orang kaya.
Kalau nak diikutkan, ‘tugasnya’ sangatlah mudah, tiada yang rumit. Cuma, korang kena tahu fakta bahawa rompakan akan berlaku di atas kapal terbang yang sedang dalam penerbangan.
Selain itu, Lift ini akan memaparkan sisi lain Kevin Hart, yang membawa peranan yang lebih dramatik berbanding komedi yang sering dibawakannya. Macam mana agaknya ye Kevin Hart jadi ‘hero’ serius tak macam watak-watak kelakar dia sebelum ini, haa kalau nak tahu korang kena tonton filem Lift yang sedang ditayangkan di Netflix sekarang ini.
Apa yang pasti, untuk mendapatkan kepuasan menonton, pastinya korang memerlukan capaian internet yang pantas tanpa gangguan seperti Unifi.
Kalau nak tahu, Netflix adalah salah satu aplikasi penstriman yang tersedia di Unifi TV, jadi bukan sahaja korang boleh mendapatkan capaian internet yang stabil, laju dan tanpa gangguan, korang juga mempunyai akses kepada banyak aplikasi penstriman melalui Unifi TV yang mana langganannya bermula daripada RM117/bulan dan korang hanya perlu bayar 1 bil sahaja.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di sini.