in

“Felix nampak kurus..” – 5 Bulan Menghilang, Wanita Kongsi Detik-detik Kucing Kesayangan Pulang Ke Rumah

felix 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang membela haiwan peliharaan pasti akan sedih apabila binatang tersebut hilang tanpa jejak. Lagi menyedihkan jika haiwan kesayangan hilang sehingga memakan masa berbulan-bulan.

Semalam, satu video yang dimuat naik di TikTok seorang wanita yang juga pemilik kucing berkongsi detik-detik haiwan kesayangan keluarganya dijumpai setelah lima bulan menghilang.


@daporos_

SETELAH 5 BULAN HILANG TANPA JEJAK Alhamdulillah, ada rezeki kami lagi dengan Felix. Semalam pun anak² duk nangis rindu Felix. Pagi nie tengah siap² nak p hantar ayong ke kelas tuition, dengar bunyi kucing duk meoww… meoww kat luar rumah.. (hati kecilku berkata itu bunyi macam suara Felix) Terdengar suara ayong memanggil-manggil dari luar rumah…. mommy…mommy… Felix balik… mommy…sambil pangku Felix. Ayong menangis kesedihan dapat jumpa balik dengan Felix. Mommy pun sebak jugak dibuatnya.? Alahai kesian tengok keadaan Felix. Kurus tak terurus. Muka comot. Kelaparan. Kalau ikutkan 13/10 Aritu dia check up. Takpe kita g check nanti yer Felix. ke mana kamu menghilang Felix. Finally jumpa jalan pulang ? Kata Ayong, Alhamdulillah Allah makbulkan doa kita kan mommy. #terimakasihAllah #Alhamdulillah #felixthecat #maincooncat #syukur

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

 

Dalam kapsyen video, wanita ini berasa syukur kerana kucing yang diberi nama Felix itu telah selamat pulang ke rumah. Difahamkan, dia pada ketika itu sedang bersiap-siap ingin menghantar anak perempuannya ke kelas tuisyen.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi kucing sedang mengiau berhampiran dengan rumah dan menyangkakan bunyi tersebut seperti suara Felix. Tidak lama kemudian, anak perempuannya memanggil-manggil dari luar rumah.

Mommy..mommy.. Felix balik..

Anaknya yang diberi gelaran Ayong itu dilihat sedang menangis sambil mendukung kucing kesayangan mereka yang sudah hilang lima bulan. Dia yang merakam video ini turut sebak melihat momen tersebut.

Artikel berkaitan: “Sedihnya tengok” – Wanita Pelihara Kucing Hilang Dua Kaki Raih Simpati Netizen

Artikel berkaitan: [VIDEO] Sedih! 18 Tahun Hidup Bersama, Kucing Kesayangan Mati Lepas 5 Hari Terpisah Sebab Banjir

Menurut pemilik video, ketika mereka menjumpai Felix, keadaan kucing itu agak kurus, tidak terurus dan mukanya comot. Dia berasa syukur kerana Felix telah ditemui setelah mereka sekeluarga berdoa agar kucing tersebut jumpa jalan pulang ke rumah.

Dalam video lain di TikTok, wanita ini juga berkongsi update keadaan Felix. Menurutnya, Felix dilihat sangat penat sehingga tiada selera makan walaupun telah dihidang makanan kegemarannya.

Dia juga berkata, Felix seperti masih trauma setelah lama menghilang. Walau bagaimanapun, dia sentiasa memastikan kucing tersebut dalam keadaan baik dan sentiasa check up dengan doktor.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan kisah ini.

felix 1 felix 2 felix 3

Syukur kucing ni dah balik rumah..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.