Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa pelakon Farid Kamil terlepas daripada hukuman penjara akibat kes dadah.
Oleh itu, Farid yang menjadi pelakon utama membawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk filem akan datang ini terpalit dengan satu dakwaan yang membuatkan dirinya rasa terpanggil untuk beri respon.
Menerusi Gempak, suami kepada pelakon Diana Danielle ini menepis spekulasi yang mengatakan dirinya terlepas daripada hukuman penjara adalah sebab nama Anwar Ibrahim.
Bawa watak Anwar sebelum jadi PM lagi
Jelas Farid, dia terlepas daripada hukuman penjara itu adalah keputusan mahkamah sepenuhnya dan tiada kaitan langsung pasal Anwar Ibrahim.
Tambahnya, filem itu telah pun menjalani penggambaran lebih awal sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
“Nama Anwar Ibrahim menjadi subjek yang popular sejak kebelakangan ini, ia telah dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia. Tetapi saya melakukan filem Anwar Ibrahim adalah sebelum beliau dilantik menjadi PM lagi.”
“Saya memanjatkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah dan ingin saya jelaskan keputusan tersebut tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim.”
Farid turut memesan kepada para netizen untuk rajin membaca sesuatu laporan dengan lebih lanjut terutamanya keputusan penuh kehakiman yang dikeluarkan oleh 3 panel hakim yang telah mengeluarkan kenyataan bertulis, ia menyatakan bahawa tuduhan kepadanya itu adalah tidak konsisten.
“Berdasarkan keputusan tersebut, ternyata saya telah dianiaya.”
Untuk rekod, Farid Kamil hanya dikenakan hukuman denda RM 5,000 atas kesalahan penggunaan dadah pada 4 tahun lepas.
Baca : PM Anwar Ibrahim Bagi Respon ‘Sempoi’ Bila Netizen Minta Turunkan Harga Ayam Gunting