in

Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang

diana farid ada bukti gambar curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle telah hadir ke mahkamah bagi memaklumkan pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Susulan itu, Farid, 42, mendakwa dia mempunyai bukti bergambar yang menunjukkan isterinya, Diana, 32, curang.


hm

“Saya akan dedahkan di mahkamah” – Farid 

Menurut Harian Metro, Farid walau bagaimanapun enggan mendedahkan gambar itu kepada umum sekarang tetapi akan melakukannya di mahkamah nanti.

Saya ada bukti bergambar. Namun, saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang. Saya akan dedahkan di mahkamah,” katanya.

orangkitiagg1 1679974283

Farid yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari juga mendedahkan keretakan rumah tangga mereka adalah berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Dia juga mendakwa mula menghidu mengenai kecurangan tersebut sejak tahun lalu. Walau bagaimanapun, Diana menafikan dia curang dan mendakwa apa yang berlaku adalah berpunca daripada Farid dan meletakkan 100% kesalahan kepada suaminya.

diann

Dalam pada itu, Farid yang ditemui di lokasi penggambaran dekat Stadium Malawati berkata, dia tidak mahu mengulas hal peribadi, isteri dan anak-anaknya yang boleh menimbulkan persepsi dan mengaibkan mereka.

Saya tidak mahu bercakap hal isteri saya dan buka aib sesiapa. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama Islam,” katanya.

Apa-apapun kita doakanlah yang terbaik buat mereka. 

Baca: Farid Kamil Dakwa Ada Pihak Ketiga Sokong Diana Danielle Minta Cerai

farid kamil orang ketiga 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.