in

“Fake” – KJ Bakal Ambil Tindakan Susulan ‘Screenshot’ Mengamuk Di WhatsApp Tular

Kj Tweet Fitnah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, musim Pilihan Raya Umum (PRU15) kali ini sangat meriah berbanding PRU sebelum ini, mungkin atas sebab bilangan pengundi yang semakin bertambah serta gabungan parti-parti politk yang lebih besar dan banyak.

Pun begitu, semalam tular di media sosial Twitter apabila terdapat beberapa individu yang memuat naik tangkap layar (screenshot) berkenaan calon parlimen Sungai Buloh dari Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin (KJ).


Sskj

Screenshot berkenaan mendakwa KJ ingin menjatuhkan Mohamad Hasan yang merupakan calon bagi parlimen Rembau, Negeri Sembilan malah dalam perbualan Whatsapp yang tular itu juga, KJ didakwa akan menjadi timbalan Perdana Menteri.

Malah, perbualan WhatsApp itu juga memaparkan KJ mengutuk Ismail Sabri dan menawarkan jawatan setiausha politik kepada individu terbabit.

Pun begitu, KJ memberikan respon berkenaan screenshot tersebut dan menyatakan ianya adalah sebuah fitnah menerusi laman Twitter miliknya, beliau juga akan mengambil tindakan kepada individu yang memuat naik gambar tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, screenshot dan tweet tersebut telah dipadam. KJ turut berpesan agar tiada lagi penyebaran fitnah serta tuduhan tidak berasas sebegini lagi.

Kempen secara sihat ok guys!

Baca: PRU15 : Sungai Buloh Jadi Saksi ‘Drama’ Politik Antara Zahid Hamidi Dengan KJ?

Kj Zahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.