in

Eropah Bakal Hentikan Penjualan Kenderaan Petrol & Diesel Menjelang 2035?

Eropah Haramkan Kenderaan Petrol Diesel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggubal undang-undang Eropah baru-baru ini bersetuju untuk menghentikan penjualan kenderaan berkuasa petrol dan diesel di rantau berkenaan bermula dari tahun 2035 sejajar dengan matlamat hijau rantau berkenaan.

Dalam mesyuarat terbaru kesatuan berkenaan, 339 ahli kesatuan Parlimen Eropah telah menyokong pelan yang telah diusulkan oleh Suruhanjaya Eropah, sebuah badan eksekutif dalam kesatuan berkenaan.


Walaupun ditentang oleh 249 ahli yang lain selain 24 orang ahli tidak hadir, kelulusan ini secara tak langsung membawa Kesatuan Eropah satu langkah kehadapan dalam menangani dan mengurangkan penghasilan bahan kimia dalam gas ekzos yang berbahaya kepada kualiti udara daripada kereta penumpang baharu dan kenderaan komersial ringan sebanyak 100% pada 2035, berbanding 2021.

France Eu Parliamen 12412479 2413281 20220609074115

Menjelang 2030, sasarannya ialah pengurangan kesan daripada pembakaran petrol dan diesel tersebut sebanyak 50% untuk van dan 55% untuk kereta.

Di United Kingdom pula, penjualan kereta dan van berkuasa petrol dan diesel akan dihentikan menjelang 2030. Ini bermakna, menjelang 2035 semua kenderaan baru tidak lagi menyebabkan pencemaran udara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BMW, Oliver Zipse, industri sememangnya sedang ke arah itu dengan mempromosikan lebih banyak kenderaan berkuasa elektrik dengan pengeluaran model-model baharu.

P90385473 Bmw Concept I4 Oliver Zipse Chairman Of The Board Of Management Of Bmw Ag 03 2020 2248Px

Namun begitu, menurutnya seluruh dunia kini dalam keadaan ketidakpastian selepas pandemik, jadi sebarang peratuan jangka panjang lebih-lebih lagi melangkau tempoh sedekad agak panjang. Sebaliknya, perlu ada semakan yang telus dilakukan bagi menentukan target selepas 2030.

EU juga difahamkan mahu menjadi neutral karbon menjelang 2050. Dalam jangka sederhana, ia juga mahu pelepasan gas rumah hijau turut dikurangkan sekurang-kurangnya 55% menjelang tahun 2030, yang mana EU memanggilnya sebagai pelan “Fit for 55“.

Baca : “3 hari sebulan” – Sepanyol Jadi Negara Pertama Di Eropah Yang Membenarkan Cuti Haid

Untitled Design 2022 05 19T115842.868

Sumber: CBT News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.