Pasukan negara Norway berjaya ‘membelasah’ pasukan Israel dengan skor 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada awal pagi tadi di Stadium Ullevaal, Oslo di Norway.
Menurut laporan Sky Sports, kemenangan Norway itu telah dibantu oleh Erling Haaland yang juga merupakan penyerang Manchester City.
Kemenangan ke atas Israel itu sekali gus menjadikan Norway semakin hampir untuk melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama sejak tahun 1998.
Artikel Berkaitan: Isu Kewarganegaraan 7 Pemain Harimau Malaya, Saifuddin Jelaskan Semua Ikut Prosedur Perlembagaan
Artikel berkaitan: “Macam Mana Semua Ni Boleh Jadi?” – Kronologi Penuh Isu FIFA Denda FAM Atas Kes Pemalsuan Dokumen Pemain
Difahamkan, pasukan Norway akan bertembung dengan pasukan Estonia pada bulan hadapan iaitu pada 14 November nanti.
Difahamkan juga, sebelum perlawanan bermula, ratusan penyokong Norway turut menyertai demonstrasi pro-Palestin.
Para penyokong dikatakan telah melaungkan slogan ‘Free Palestine’ atau ‘Bebaskan Palestin’ sebagai satu bentuk sokongan kepada Palestin.
Perlawanan antara Norway dan Israel juga telah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan kerana dikhuatiri akan berlaku protes.
Penyokong Norway juga difahamkan mengibarkan bendera Palestin bersama kain rentang yang memaparkan sokongan mereka kepada negara Palestin di dalam stadium.
Sumber: Sky Sports, Berita Harian