in

Epicelline®️: Dipercayai Pakar & Selebriti untuk Melawan 10 Tanda Penuaan, Kulit Tampak 5 Tahun Lebih Muda!

collage 3

Baru-baru ini, Eucerin mencipta sejarah dengan sebuah pelancaran yang epik – menyalakan langit Kuala Lumpur dengan pertunjukan cahaya dan bunga api yang gempak di empat mercu tanda ikonik Malaysia: Merdeka 118, TRX 106, KLCC, dan Menara KL. Pertunjukan ini bukan sekadar memukau pandangan, tetapi juga menandakan kemunculan inovasi terbesar dalam industri kecantikanEpicelline® Serum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eucerin Malaysia (@eucerin_my)

Siapa yang tak nak kulit yang lebih muda dan berseri? Dengan gaya hidup sibuk serta pendedahan harian kepada sinaran UV, pencemaran, dan tekanan, tanda-tanda penuaan seperti kedutan, kulit kendur, dan kusam semakin sukar dielakkan. Tapi jangan risau, teknologi terbaru daripada Eucerin kini menawarkan penyelesaian revolusioner untuk semua masalah ini!

Memperkenalkan Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline® Serum, inovasi epigenetik pertama yang direka khusus untuk melawan 10 tanda penuaan kulit sekaligus menjadikan korang nampak 5 tahun lebih muda dalam hanya 4 minggu!

Macam mana Epicelline® merevolusikan dunia penjagaan kulit?

250115 EEL H 233

Sebelum ni korang mesti pernah dengar atau gunakan bahan tradisional macam retinol kan? Walaupun bahan ini boleh membantu melawan penuaan, tapi ia hanya merawat di permukaan sahaja.

Berbeza dengan Epicelline®, yang boleh merawat dari dalam dan melawan perubahan epigenetik serta mengaktifkan semula keremajaan sel kulit. Ia telah terhasil daripada 15 tahun kajian saintifik yang mendalam, termasuk analisis lebih 850,000 sampel kulit ke atas 50,000 bahan aktif bagi menghasilkan teknologi epigenetik yang mampu melawan tanda penuaan kulit secara mendalam.

Kalau korang nak tahu, epigenetik merupakan satu kajian tentang bagaimana faktor luaran seperti gaya hidup, pemakanan dan persekitaran boleh mempengaruhi cara genetik berfungsi. Dengan teknologi ini, Epicelline® bertindak memulihkan semula sel-sel kulit yang terjejas dengan proses penuaan.

Epigenetik membuka dimensi baru dalam penjagaan kulit. Epicelline® disokong oleh kajian saintifik yang meluas sekaligus menetapkan standard terbaru dalam penjagaan kulit.” – Dr. Loh, Pakar Dermatologi.

@loh.celine.skin.doctor

Reverse Skin Aging with Epicelline @eucerin_my #ReverseTheAgeClock #epigeneticexpert #patentedageclock #epicellineexpert #epicelline

♬ original sound – LOH & CELINE SKIN SPECIALIST – LOH & CELINE SKIN SPECIALIST

10 tanda penuaan dah tak jadi masalah dengan Epicelline®

Epicelline® diformulasikan secara khusus untuk menangani 10 tanda penuaan kulit utama serta memberi penyelesaian menyeluruh untuk kulit yang lebih muda dan sihat:

  • Kedutan mendalam dan garis halus
  • Kehilangan keanjalan dan kekenduran kulit
  • Tona kulit yang tidak sekata
  • Tekstur kulit yang kasar
  • Kulit kusam tanpa seri
  • Pori-pori yang kelihatan besar
  • Kekurangan kelembapan
  • Kehilangan volume pada wajah

Keberkesanan produk ini telah dibuktikan secara klinikal. Menariknya, hanya selepas 4 minggu penggunaan, korang boleh lihat perubahan ketara seperti kulit lebih tegang, anjal dan lembut, tona wajah lebih sekata dan cerah, kedutan dan garis halus berkurangan dan kulit tampil berseri dan sihat.

image004

Malah penyanyi terkenal Malaysia, Ernie Zakri turut mencuba sendiri Epicelline® tau! Patutlah Ernie nampak muda remaja je!

Selepas 4 minggu penggunaan, saya secara peribadi merasakan kulit saya lebih licin, sangat terhidrat, dan lebih anjal. Saya benar-benar kagum bagaimana produk ini memenuhi janjinya—kulit saya benar-benar kelihatan sehingga 5 tahun lebih muda. Ia telah menjadi tambahan yang membawa perubahan dalam rutin saya!”

Ernie Zakri

Pelancaran Epik Epicelline® di Malaysia

Bagi meraikan produk inovasi terbaru ini, Eucerine akan mengadakan pelancaran Epicelline® di Mid Valley Megamall pada 17-23 Februari 2025. Acara ini dijangkakan akan menjadi salah satu pelancaran penjagaan kulit paling ikonik tahun ini.

Apa yang korang boleh nantikan:

  • Pertandingan Meet & Greet dengan Ernie Zakri dan selebriti Hong Kong, Him Law.
  • Pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan dan hadiah eksklusif.
  • Konsultasi kulit percuma dan demo produk di Watsons.

image005 image006

Jangan lepaskan peluang ni!

Lepas baca semua ni, memang rugi betul kalau kita tak rebut Epicelline® ni. Mana tidaknya, ia bukan sahaja dapat jadikan kita kelihatan lebih muda malah boleh mengembalikan keyakinan diri.

Jadi tunggu apa lagi? Epicelline® kini boleh didapati di Watsons dan Guardian, serta menerusi dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Eucerin atau follow di Facebook dan Instagram.

Sumber: Eucerin
Sumber: Eucerin
Sumber: Eucerin