Dulu, mata netizen tertumpu kepada seorang lelaki dari Lebanon yang menjadi peneman usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.
Namun begitu, setelah sekian lama berlalu dan berhijrah ke Australia, Sajat baru-baru ini ada membuat pengumuman menerusi Instagram miliknya mengatakan bahawa dia kini kembali solo.
I’m single ready to mingle
Dalam perkongsian itu, Sajat mengatakan adalah lebih baik untuk dia move on daripada hidup bersama dengan orang yang tidak memahami.
Malah dia juga memberikan kata-kata yang seumpama dirinya hanya memudaratkan perasaan sendiri jika terus bersama seseorang itu, sebelum mengisytiharkan dirinya kini tengah solo.
Perkongsian itu disertakan dengan video throwback yang pernah viral ‘dikacau’ oleh seorang lelaki berbadan sasa ketika berseorangan di luar.
Dalam video itu ketika lelaki tersebut meminta nombornya, Sajat menjelaskan bahawa dia sedang menununggu teman lelaki bagi mengelakkan dirinya diganggu dan sebagai tanda setianya terhadap pasangan.
https://www.instagram.com/p/CexqnFKJfq4/
Sepanjang 20 jam ia dikongsikan, video tersebut telah meraih lebih daripada 5,000 likes. Ada netizen yang memberikan kata-kata semangat dan ada juga memberikan komen sinis mengenai ‘kesetiaannya’.
Kita lelaki memang setia Jat – Netizen
Untuk rekod, Sajat sebelum ini pernah mencetuskan satu kontroversi apabila ada pihak mendakwa bahawa Sajat pernah cuba nak tukar jantina dekat JPN sebab nak kahwin, namun permohonannya gagal, menurut mStar Online.