Sudah menjadi kebiasaan, para pemaju akan membeli kawasan yang mereka rasa berpotensi dibangunkan untuk membina kondominium baru, pusat beli belah, pejabat dan lain-lain lagi.
Bila sesuatu kawasan itu dipilih dan ia pula masih dihuni oleh penduduk lama kawasan berkenaan, mereka haruslah membeli ia daripada pemilik asal supaya struktur bangunan di kawasan itu boleh dihapuskan dan bangunan baru dibina.
Pun begitu, tak semua pemilik asal setuju untuk menjual hal milik mereka kepada pemaju. Macam contoh yang berlaku dekat Singapura ni, dua orang pemilik enggan menjual rumah teres mereka walaupun telah ditawarkan dengan harga lumayan.
Menurut MSNews, pemaju yang ingin membina kondo di kawasan Geylang kemudian telah muncul dengan pelan baru apabila mereka terpaksa bina kondominium berbentuk ‘U’ berdekatan dua rumah teres tersebut. Hadoi sampai macam tu sekali.
Salah satu rumah tu pulak katanya, betul-betul terkepung di tengah-tengah kawasan kondominium tersebut. Manakala lagi satu duduk di belakang kondo tersebut. Habislah view rumah dia.
Tak nak jual sebab rumah dibeli emak
Salah seorang pemilik rumah tersebut ialah Mr Goh yang berusia 60 tahun berkata, sebab dia tak mahu menjual rumah tersebut ialah kerana ia dibeli oleh emaknya yang sudah meninggal dunia.
Ketika ini rumah miliknya bagaikan sandwich yang dikepung oleh dua kondominium iaitu Noma dan La Brisa.
Mr Goh kini katanya tinggal bersama adik beradik perempuannya di rumah tersebut dan menurutnya, rumah itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Malah dia juga gemar duduk bersiar di halaman rumah tersebut sambil melihat ikan dan burung peliharaannya.
Menurut laporan, ini juga bukan kali pertama Mr Goh menolak tawaran ‘lumayan’ itu.
Sebelum ni, pemaju yang membina kondo La Brisa juga membuat tawaran yang sama tapi dia menolak dengan alasan tiada nilai wang yang mampu buat dia ubah keputusan.
Kalau korang di tempat pemilik rumah tu dan ditawarkan wang jutaan ringgit, korang jual tak rumah korang?
Baca: [Video] Rumah Di Sempadan 2 Negara! Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Pula Di Malaysia