
Seorang wanita menjadi perbualan hangat baru-baru ini selepas bertindak mengasari pemandu teksi serta pengawal keselamatan wanita.
Kejadian yang berlaku di Singapura itu mula menjadi bualan ramai selepas dua video wanita itu memukul pemandu teksi serta menendang pengawal keselamatan tersebut tersebar di internet. Video tersebut dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Isaac Cheng.
Lebih teruk lagi, dia bertindak begitu hanya kerana tidak mahu membayar tambang teksi!
Video pertama menunjukkan pemandu teksi itu memegang beg tangan wanita tersebut kerana tidak mahu beliau melarikan diri tanpa membayar tambang. Berang dengan tindakan pemandu teksi itu, wanita tersebut cuba menendang dan menggigit tangan lelaki itu.
Selepas ‘taktik’ itu tidak menjadi, beliau terus memukul pemandu teksi itu berkali-kali sambil menengking lelaki itu supaya melepaskan beg tangannya.
Selepas beg tangannya dilepaskan, wanita itu berkata dengan angkuh sekali,
“Saya ada banyak duit!” Eh, habistu bayar jelah…
Beliau juga dikatakan turut melempar kata-kata kesat kepada pemandu teksi tersebut dan mencabarnya untuk menghubungi pihak polis. Drama betul dia ni…
Di dalam video yang kedua pula, pengawal keselamatan dan seorang pekerja restoran berdekatan dilihat cuba untuk membantu meleraikan pergaduhan itu.
“Dia pukul kepala wanita itu (pengawal) menggunakan telefon bimbit eh!,” jerit pemandu teksi itu.
Wanita itu pula dilihat cuba memukul dan mengejek serta memberikan kata-kata kesat cuba menyakitkan hati pengawal keselamatan tersebut. Bravo diucapkan kepada pengawal keselamatan tu kerana tetap berani dan memegang tangan wanita tersebut untuk mengelakkannya daripada memukul sesiapa sahaja di situ.
Pekerja restoran itu memegang kedua-dua tangan wanita tersebut untuk mengelakkan pergaduhan dan sentuhan fizikal yang akan memburukkan lagi keadaan. Selepas menengking beberapa kali, wanita tersebut menendang pengawal keselamatan di bahagian paha (tapi kena kemaluan juga tu) dan memukul kepalanya sebanyak dua kali. Dah la pakai kasut tinggi, sakit tu….
“Bodoh punya perempuan,” kata wanita itu kepada pengawal keselamatan.
“Awak takut ke?” tanya wanita itu
Pengawal keselamatan tersebut menjawab, “Kenapa saya perlu takut?”
Wanita itu kemudian mengatakan sesuatu yang tidak baik kepadanya,
“Because you are a fucking asshole,” katanya
Ketika kedua-dua wanita itu berperang mulut, pemandu teksi tersebut menghubungi pihak polis untuk dapatkan bantuan. Di penghujung video itu, pengawal keselamatan wanita menunjukkan tangannya yang luka disebabkan pertengkaran itu. Mungkin kerana digigit wanita gila tu kot.
Menurut Isaac, wanita warga asing tersebut dalam keadaan mabuk ketika beliau berkelakuan sebegitu. Patut laaa….
Tidak pasti apa kesudahan video itu, sama ada pihak polis sampai dan menahannya atau mereka biarkan sahaja beliau berlalu pergi.
Tonton kedua-dua video itu dibawah ini: