in

Ellie Suriaty Menangis Dijadikan Bahan Lawak Netizen Gara-gara Kes Imran Bard

ft ellie imran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar menjelaskan bahawa dirinya menerima kecaman hebat netizen menerusi media sosial miliknya. Jelasnya, dia dan 2 orang anaknya, Azrell Omar dan Nur Azreen juga terheret dalam kecaman netizen baru-baru ini.

Kata Ellie, emosi anak-anaknya juga tidak stabil dan terkesan lebih-lebih lagi apabila berhadapan umum. Malah, Ellie Suriaty juga ada memberikan respon terhadap segala pertikaian netizen terhadap tindakannya sebelum ini.


Artikel berkaitan : “Ibu di hospital mana? Biar saya ziarah” – Ellie Suriaty Anggap Video Maaf Tak Ikhlas, Tetap Mahu Jumpa Ibu Imran Bard

Artikel berkaitan : Ramai Kritik Video Imran Bard, Dianggap Cuba Normalisasi Budaya Songsang

“Saya baca komen netizen dan segalanya di dalam itu semuanya negatif, ramai yang mengatakan saya patut berterima kasih kepada Imran kerana menaikkan semula nama saya sebab sudah ‘sendu’ tapi kalau betul kenapa guna nama saya.”

Screenshot 2025 02 26 162447

“Sekarang ini saja kena siber buli dalam perkongsian video saya meraikan sambutan hari lahir anak lelaki saya, dalam video itu netizen masuk secara ramai-ramai dan buli saya… itu adalah bahagian privasi saya dengan anak-anak.”

“Bila mereka (netizen) serang dalam video itu memang sakit untuk saya sebab mereka mengejek, netizen tak faham sebab netizen tak kerja keras selama 30 tahun bina nama bukannya satu yang mudah.”

Screenshot 2025 02 26 162510

Jelasnya lagi, anak sulungnya Azrell mempunyai tekanan hebat sehinggakan muntah-muntah dan pengsan sementara Azreen pula dihujani dengan pelbagai soalan daripada rakan sekolah.

Kata Ellie dalam nada sebak, orang ramai tidak memikirkan implikasi yang dia sekeluarga hadapi dan tegaskan hidupnya bukanlah untuk dijadikan bahan ketawa.

Dalam pada itu, Ellie juga ada menjelaskan yang anaknya ada menghubungi Imran Bard tetapi tiada sebarang respon daripadanya.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.