Korang yang selalu masuk dapur memasak ni pernah tak terfikir macam ni; “sedapnya bau jiran sebelah, masak apa lah agaknya tu..”, ataupun setiap kali nak masak je mesti jiran ajak ‘perang’ kuali sekali. Dia pun sibuk nak masak juga time tu!
Kadang-kadang bila memasak ni kita tak sedar kuali tu bunyi terkuat ke, tumbuk cili riuh setaman ke, atau bau tumisan tu menusuk ke hidung jiran tetangga, ya dak?
Macam perkongsian daripada abang ni, sedang elok dia memasak jiran tetangga ajak ‘berperang’ kemain bunyi kuali tak nak kalah!
@lukes_rusli Dia marah aku ke ? ??. Kalau #fyp kasi tahu yea #kaklongkosmetik #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypシ #foryoupage #fypdonggg #viral #2022 #fy
Perkongsian daripada @lukes_rusli menerusi akaun peribadi TikToknya ini telah berjaya buat ramai yang terhibur apabila jiran rumahnya seakan memerli bunyi kualinya ketika memasak!
“Dia marah aku ke?”
Melalui video perkongsian itu, bunyi ketukan kuali yang dipercayai dari rumah jirannya itu dah macam bunyi persembahan tarian singa!
Jika dilihat melalui ruangan komen posting ini, ramai yang terhibur dengan respon darinya terhadap gelagat jiran itu!
Siapa sangka, video berdurasi 25 saat ini telah berjaya menghiburkan seramai 217.2 ribu penonton dalam masa sehari sahaja!
Min nasihatkan lain kali awak lepas masak tapau lah sikit bagi dekat jiran…berperang secara sihat ya. Gituuuu!
Baca: Dengan Bajet RM600, Korang Boleh Balas Dendam Pada Jiran Yang Suka Buat Bising Dengan Speaker Ini