Bagaikan dah jadi satu trend pula majlis kahwin perlu dibuat besar-besaran dan jemput ramai tetamu, walaupun pada hakikatnya kita sendiri pun bukan rapat sangat atau jumpa selalu.
Satu perkongsian dekat Facebook ni mungkin boleh buka mata kita semua tentang isu yang tak selalu dibincangkan tetapi kerap terjadi dalam kalangan masyarakat Melayu.
Kalau tak jemput, tak perlulah tanya macam tu….
“Anak sulung kau tu dah kahwin ya Senah? Tak ada jemput aku pun.”
“Eh! Kau dah kahwin. Bila tu? Aku tak dapat kad jemputan pun. Sampai hati.”
Antara dialog yang selalu ditanya seseorang tu bila dia tak dijemput datang wedding kawan atau kenalan. Tapi sedar tak sebenarnya, soalan macam ni buat empunya badan dan keluarga rasa serba salah dan terkedu.
Sebelum tanya tu, fikirlah kesan jangka masa panjang
Sebenarnya, bila tanya pengantin atau keluarga soalan ‘tak jemput datang majlis’ ni, apa jawapan yang diharapkan?
Bukan lupa, tapi kuota jemputan dah penuh
Betul tu! Setiap pengantin ada bajet yang berbeza, so jemputan pun terpaksa dihadkan kepada keluarga dan kenalan rapat SAHAJA. Kalau tak dijemput tu, janganlah tanya sampai buat mereka terasa hati ibarat benda tu satu kesalahan. Doakan je untuk pengantin baru okay?
Harap dengan perkongsian ni, kita semua buka mata dengan lebih luas untuk hadam dan fikirkan tentang isu jemput kahwin ni. Jangan sebab terasa tak dijemput, korang benci, putus kawan atau doa yang tak baik pula dekat pengantin baru tu!