in

Ecuador Darurat Teruk, Mayat COVID-19 Bergelimpangan Di Jalanan

Untitled Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak COVID-19 dilapor berterusan menular di Ecuador, sehingga menjejaskan beberapa bandar utama di republik itu — terutama di Guayaquil, yang menerima impak paling teruk setakat ini.


RT melaporkan, angka kematian juga bertambah — sekali gus memberi tekanan kepada pasukan perubatan dan rumah-rumah mayat kerana mereka tidak lagi mampu menampung kes kematian yang semakin meningkat.

Sistem kesihatan di Guayaquil dikatakan hampir lumpuh, dan perintah kawalan pergerakan turut menyukarkan pergerakan pasukan kesihatan ke lokasi terjejas.

Ketika ini juga, banyak gambar-gambar mayat bergelimpangan di tepi jalan dimuatnaik di media sosial — dan rakyat terpaksa merayu kerajaan bertindak dengan segera, untuk mengalihkan mayat-mayat yang semakin membusuk.

Mayat yang dibiarkan juga ada yang sudah siap diletakkan di dalam keranda, ada yang terpaksa dibakar dan sejumlah besar yang lainnya hanya dibalut dengan plastik dan ditutup dengan kain semata-mata.

1 4

Selain itu, terdapat rakaman lain menunjukkan sekumpulan individu terpaksa meninggalkan mayat di tepi jalan begitu sahaja. Ia secara tidak langsung memberi gambaran betapa teruk keadaan di bandar itu ketika ini.

Anadolu Agency melaporkan, kerajaan Ecuador mengesahkan 3,163 kes jangkitan dan 120 kematian akibat COVID-10 di seluruh republik itu namun angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi daripada yang direkodkan.

 

Baca: Mati Sendirian, Keluarga Hanya Mampu Tonton Pengebumian Anak Menerusi Live Stream

Untitled Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.