Sebelum ini, syarikat perkapalan terbesar Taiwan, Evergreen menjadi tumpuan media pada Januari lalu apabila mengumumkan pemberian bonus akhir tahun sebanyak 52 bulan gaji kepada pekerja mereka.
Syarikat itu sekali lagi akan memberikan bonus kepada pekerjanya iaitu bonus tengah tahun 2023 bernilai antara 10 hingga 11 bulan gaji.
Secara keseluruhannya, pekerja mereka bakal menikmati bonus akhir tahun 2022 dengan bonus tengah tahun 2023 berjumlah sehingga 60 bulan gaji!
Menurut laporan CNA, Evergreen pada 2022 berjaya mencatatkan hasil pendapatan sebanyak NT$627.284 bilion (RM91.64 bilion). Ia merupakan peningkatan sebanyak 28% daripada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Evergreen dilapor hanya mencatatkan pendapatan sekitar NT$44.922 bilion (RM6.56 bilion) pada 2 bulan pertama 2023. Angka berkenaan menunjukkan kemerosotan sebanyak 59.94%.
Namun begitu, Presiden Evergreen, Hsieh Huey-chuan berkata kemerosotan itu berpunca daripada pandemik dan cuti sempena Tahun Baru Cina. Katanya lagi, pasaran dijangka akan kembali aktif pada suku kedua 2023.
Syarikat itu memiliki kira-kira 3,100 orang kakitangan dengan purata gaji bulanan dinikmati adalah NT$ 60,000 (RM 8,764).
Menerusi tinjauan portal pekerjaan di Taiwan, rata-rata responden memilih syarikat perkapalan sebagai ‘pekerjaan impian’ menerusi kategori old company.
Wow, untung pekerja mereka dapat bonus lumayan!
Baca: PMX Umum Tambang MRT Putrajaya Percuma Sehingga 31 Mac