in

“Dunia makin parah” – Sekumpulan Lelaki ‘Selamba’ Peluk Pelayan Wanita Undang Kecaman

page lelaki 1

Korang kalau pergi restoran ataupun kedai makan, mesti macam-macam aspek juga yang korang pertimbangkan untuk decide sama ada nak repeat makan kat situ lagi ke tak. Dari segi kebersihan dan macam-macam lagi lah…

Salah satunya mestilah layanan waiter atau waitress yang akan buatkan pelanggan senang dan rasa selesa untuk makan kat restoran yang diorang pergi. Orang kata pelayan yang baik akan mengundang lagi rezeki untuk datang.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila sekumpulan lelaki yang bertindak dengan ‘selamba’ memeluk mesra pelayan wanita di sebuah kedai makan yang dipercayai terletak di Setiu, Terengganu untuk bergambar.

page lelaki new 1

 

“Memalukan betul! Kalau suami orang tu, tak lah nak kata apa”

Menurut Kosmo, tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai kerana mereka dilihatkan tanpa rasa malu memeluk pelayan itu di bahagian pinggang dan juga bahu walaupun disaksikan oleh pelanggan lain.

Malah ada juga yang menegur pelayan wanita itu kerana berdiam diri saja walaupun dikerumun dengan ramai lelaki semata-mata untuk bergambar secara mesra di tempat umum seolah-olah ianya perkara biasa.

“Kalau aku jadi perempuan tu, dah lama aku flying kick ke apa-apa yang patut” – Luah netizen

komen full 1

Difahamkan kedai tersebut memang kerap menggunakan pelayan wanita yang menunjukkan bentuk tubuh mereka sebagai ‘marketing‘ untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk makan di sana terutama dari kalangan lelaki.

Alamak… Min harap korang janganlah senang-senang je nak buat macam ni okay? Segan lah orang tengok.

Baca: “Makanan sedap, servis kelaut” – Restoran Ini Sesuai Bagi Sesiapa Yang Teringin ‘Bertekak’ Dengan Pelayan Kedai Makan

untitled 1 2

Sumber: Twitter