Dugaan yang melanda Bella Astillah ini telah membuatkan Puteri Sarah Liyana rasa terpanggil untuk terus memberikan kata-kata semangat agar Bella sentiasa tabah.
Sebagai seorang yang pernah alami situasi ‘suami curang’, Puteri Sarah menerusi IG Story miliknya menyatakan bahawa tidak perlu takut untuk melepaskan sesuatu untuk ketenangan diri.
Artikel berkaitan : “Hingga hari ni langsung tak contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Boleh Lupakan Kisah Hitam
Artikel berkaitan : “Doakan Bella Astillah, sampai sekarang dia tak boleh terima apa terjadi” – Puteri Sarah
Jelas Puteri Sarah, dia dulu pernah berada di situasi yang sangat susah untuk melepaskan, dia juga benci perpisahan, bahkan dia juga pernah takut untuk rasa sakit hati jika berseorangan dan bermacam-macam lagi pertanyaan kerana terlalu takut dengan segalanya.
Walau bagaimanapun, sekarang ini baru Puteri Sarah faham bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti akan ada alasannya tersendiri.
“Kalau sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan. Kamu tahu melepaskan itu indah.”
Oleh itu, Puteri Sarah menasihati Bella Astillah agar melepaskan segala hal-hal yang telah menyakitkan hatinya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah ada meminta orang ramai untuk mendoakan Bella Astillah kerana menurutnya Bella masih lagi belum boleh terima apa yang terjadi.
Namun tidak lama selepas kenyataan itu dibuat, Bella Astillah dilihat hadir ke mahkamah untuk failkan cerai kepada Aliff Aziz.
Untuk rekod, tular sebelum ini isu Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat dan Ruhainies sebelum ini ada menjelaskan bahawa spekulasi yang mengatakan pihak berkuasa tunggu sampai 3 jam itu tidak benar.
Sumber : Instagram