in

“Dulu pakai mic bluetooth, sekarang…” – Aksi Bapa Kejut Anak Sahur Guna ‘Speaker’ Beroda Bikin Netizen Terhibur

speaker puasa e1649470989172

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, selalunya bangun sahur siapa yang kejutkan? Alarm telefon ataupun ada orang yang jadi tukang kejutkan?

sekelompok pemuda membawa beduk dengan gerobak ketika 120729214837 626 e1649469366689
Gambar hiasan

Kalau di negara jiran, Indonesia, sudah menjadi kebiasaan bagi kaum lelaki (selalunya golongan muda) yang akan mengelilingi kawasan kejiranan sambil memukul gendang atau tong untuk membangunkan orang untuk bersahur.


Bercakap mengenai bangun sahur, min nak kongsikan satu video memaparkan aksi sporting seorang bapa ini ketika membangunkan anaknya untuk bersahur.

Dikongsikan oleh anak perempuannya bernama Tiara menerusi akaun TikTok @adebonbon, video gelagat bapanya itu kini tular di media sosial negara jiran. Setakat artikel ini ditulis, dua video yang dikongsikan Tiara masing-masing sudah meraih lebih 1 juta tontonan.

Dulu pakai microphone Bluetooth, sekarang dah upgrade

@adebonbon

Hayo siapa yg inget cara bangunin papa tahun lalu? Beda tahun beda alat ??? #RamadanKembaliKuat #ramadhan #papa #dalimunthe #sahur #2022 #fyp #fypシ゚viral

♬ JEDAG JEDUG REMIX GREG SAPPODARJA – Gregsappodarja

Menerusi video pertama yang kini sudah mendapat 1.9 juta tontonan, bapa Tiara dapat dilihat berdiri di pintu bilik anak perempuannya bersama sebuah speaker beroda.

“Hayo siapa yg inget cara banguin papa tahun lalu? Beda tahun, beda alat,” tulis Tiara menerusi kapsyen.

Selain mengejutkan anaknya bangun sahur dengan cara bercakap melalui microphone, si bapa yang berbaju merah juga sempat membuat perbandingan alat yang digunakan untuk mengejutkan anaknya sahur pada tahun sebelum ini.

Ternyata, pada tahun lalu, si bapa turut menggunakan cara yang lebih kurang sama untuk mengejutkan anaknya bangun sahur. Cuma dulu hanya pakai microphone Bluetooth tapi sekarang siap ada speaker besar lagi!

Siap buat mini konsert dangdut!

@adebonbon

tidak bisa berkata kata ??? #papa #dalimunthe #HyAminoBebasKilap #GoodTimeKitchen #sahur #2022 #mic #speaker #puncakkomedi

♬ middle of the night – EX7STENCE™

Menerusi video kedua yang dikongsikan Tiara pula, si bapa juga dilihat menolak masuk speaker beroda sama untuk mengejutkan anaknya sahur. Pun begitu, ada keunikan pula yang ditunjukkan si bapa sebab dia siap pasang lagu dangdut di speaker sambil menari!

Sudah ditonton sebanyak 16 juta kali setakat artikel ini ditulis, video kedua berkenaan ternyata semakin menghiburkan pengguna laman sosial. Tak kurang juga ada yang cuba meneka-neka alat apa pula yang bakal digunakan si bapa untuk mengejutkan anaknya sahur pada Ramadan tahun hadapan.

“Apakah tahun depan pakai sound sistem konser, kak?” komen netizen.

“Alat buat bangunin sahurnya glow up ya,” tulis warganet.

“Tunggu tahun 2023 mungkin pakai speaker majlis kahwin. Semoga sehat selalu dan panjang umur papanya,” kata yang lain pula.

Sumber: TikTok @adebonbon

Baca: “Macam BF kejutkan!” – Buat Hal! Gadis Mengigau Tak Sangka ‘Call’ Mak Kawan Bangun Sahur

page sahur e1649467211727

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.