Rambut adalah mahkota wanita, jadi hairdryer merupakan teman baik para wanita terutamanya mereka yang bekerjaya dan bertudung. Kalau tak keringkan betul-betul sebelum keluar rumah, alamatnya kepam la rambut kita tu.
Namun, tahukah anda tentang sejarah di sebalik penciptaan pengering rambut ini? Menurut Iluminasi, idea untuk mencipta alat ini telah dicetuskan oleh seorang hairstylist yang dikenali sebagai Alexandre Godefroy pada 1890.
Dia yang berasal dari Perancis itu merupakan orang pertama yang mencipta alat khas untuk keringkan rambut. Namun, pada masa itu, saiz mesin tu bukan kecil dan portable macam sekarang. Untuk pengetahuan anda, hairdryer ketika itu digunakan seperti mana kita pakai topi keledar.
Mesin itu juga perlu disambung dengan dapur gas atau paip cerobong asap untuk dapatkan haba, lapor Curious History. Mungkin sumber elektrik pada awal penciptaan alat tu tak macam sekarang.
Pada ketika itu juga, mesin pengering terbabit dah ada lubang kecil untuk aliran udara untuk mengelakkan masalah kebakaran pada rambut orang yang menggunakannya. Lama-kelamaan, rekaan pengering rambut pun berubah menjadi semakin mudah digunakan walaupun masih agak berat pada sekitar tahun 1920.
Dalam masa yang sama juga, pengguna mesin pengering rambut pada ketika itu mempunyai risiko tinggi untuk terkena renjatan elektrik. Ini disebabkan oleh motor yang diletakkan pada luar mesin itu boleh terkena air ketika digunakan.
Masa yang diambil untuk mengeringkan rambut menggunakan mesin pada zaman dahulu juga lebih lama berbanding sekarang kerana mesin tu hanya mampu menggunakan kapasiti 100 watts. Zaman sekarang pula, hairdryer ini dah guna lebih 2000 watts kapasiti haba.

Namun, akhirnya menjelang tahun 1960-an, rekaan alat ini dah diinovasikan dengan motornya dah mula diletakkan di bahagian dalam dan semakin ringan. Untuk mengelakkan masalah renjatan elektrik juga, pihak berkuasa US telah mengeluarkan garis panduan di mana alat terbabit perlu mempunyai fius dan wayar bumi.
Bertuahnya kita lahir zaman sekarang, hairdryer pun dah ringan dan mudah nak dibawa kemana-mana.
Sumber: Iluminasi, Curious History, ABC News