Zaman sekarang ni, bukan setakat jambangan bunga tapi mcam-macam variety dah. Antara yang popular, bouquet chocolate, bouquet ayam dan bouquet duit. Ramai yang hadiahkan bouquet duit untuk orang tersayang tapi seorang individu berkongsi baru-baru ini tentang pengalaman buruknya tentang money bouquet.
Pada 22 Mac lepas, Jovion (bukan nama sebenar) yang tidak mahu identitinya didedahkan telah berkongsi di Facebook tentang mengapa dia berpendapat money bouquet tidak sesuai untuk dijadikan hadiah.
Berkongsi kepada netizen, Jovion turut menceritakan beberapa perkara yang perlu diambil tahu dan cara bagaimana penerima money bouquet perlu berhati-hati dengan hadiah tersebut.
Katanya, sebaik saja mendapat bouquet si penerima perlu segera membuka duit-duit yang digulung atau dibentuk menjadi bunga ros di dalam jambangan tersebut. Jovion berkata,
Saya terjumpa posting yang menunjukkan banknotes boleh rosak disebabkan gaya gubahan bouquet, jika ia dibiarkan berlipat/bergulung terlalu lama.”
Sebab itulah saya terus buka dan sebenarnya ambil masa yang lama untuk keluarkan banknotes dari bouquet itu secara berhati-hati.”
Jovion kemudian meluahkan kekecewaannya ketika mengeluarkan banknotes dari bouquet kerana wang itu melekat antara satu sama lain disebabkan gam dan gam yang digunakan sangat banyak membuatkan duit itu rosak.
Dia turut mencadangkan agar penggubah bunga menggunakan cara lain untuk mencantumkan duit atau menggulung menjadi bentuk ros di dalam bouquet selain daripada gam
Saya biarkan saja (bouquet) selama 2 bulan. Saya rasa kalau dibiarkan lebih lama pasti lebih susah untuk cabut/tanggal.”
Ini hanya pendapat peribadi saya, saya rasa jika kamu mahu hadiahkan jambangan kepada perempuan, lebih baik guna cara lain untuk menggulung atau bagi terus je duit mahu pun bunga kepada mereka (tanpa bouquet).”
Tak perlu susahkan diri sangat, penggubah bunga perlu gulungkan dan penerima perlu membuka ia semula dan kamu perlu bayar juga upah mereka berbuat begitu.”
Bila lihat banknotes renyuk dan rosak begitu, saya rasa tak gembira.”
Apa pendapat korang?