Dek kerana takut akan kehilangan nyawa di tangan suami sendiri, seorang wanita Thailand mengaku menghabiskan wang sebanyak ratusan ribu ringgit untuk mengupah pembunuh upahan bagi membunuh pasangannya dulu.
Bangkok Post melaporkan, Charoensri Thongkham, 41, diberkas pihak berkuasa Thailand di tempat kerjanya iaitu sebuah pusat urut di Bangkok.
Ketika sesi soal siasat, Charoensri menceritakan bagaimana perangai suaminya yang sudah dinikahi selama 11 tahun berubah dan lelaki terbabit mula menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa wanita lain.
Lebih parah, wang gaji hasil titik peluh Charoensri juga digunakan suaminya untuk berjoli dengan wanita simpanan.
Jelas Charoensri lagi, dia pernah membangkitkan isu berkenaan dengan suaminya. Pun begitu, pasangan berkenaan kerap bertengkar dan Charoensri turut diserang secara fizikal.

“Saya sayang dia (suami) sangat tapi saya hidup dalam ketakutan setiap hari yang dia akan bunuh saya. Suami selalu bawa sepucuk pistol kemana-mana. Jadi, saya upah pembunuh upahan untuk bunuh dia sebelum dia boleh bunuh saya,” katanya.
Sumber mendedahkan, Charoensri menghabiskan wang sekitar 100,000 baht (RM12,575) untuk mengupah pembunuh upahan. Selain itu, selepas kerjanya selesai, pembunuh upahan terbabit turut didakwa mencuri senjata api milik suami Charoensri dan seutas rantai emas.
Sumber: Bangkok Post
Baca: “Lo mati gue party” – Video Wanita Berjoget Di Sisi Suami Curang Terlantar Undang Perbalahan Netizen