Kasih ibu membawa ke syurga, itulah yang sesuai digambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu dan sebagai seorang anak kita sepatutnya menjaga ibu kita sehingga ke akhir hayat mereka.
Cef selebriti terkenal, Chef Wan menjadi inspirasi ramai selepas dia menceritakan bahawa dia telah mengupah seorang jururawat bagi menjaga ibunya dengan upah hampir RM6K.
Chef Wan atau nama penuhnya Redzuawan Ismail menerusi laman Instagram miliknya berkongsi jururawat itu menjaga ibunya yang menghidap demensia dan kanser itu dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
https://www.instagram.com/p/Clcs6jqpcd3/
Selain itu, Chef Wan juga memberitahu dia menggajikan jururawat itu RM5,800 tanpa termasuk overtime.
“Takpe la duit boleh cari ibu ada la segala galanya. Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberi ibu penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi.
Sedekah kan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu lah pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti.
Ada anak-anak yang ada kemampuan pun mereka akan kedekut dan bergaduh sesama adik beradik untuk menjaga ibu bapa mereka yang tua.” tulisnya.
Selain itu, Chef Wan juga berkata mereka yang membantu ibu bapa akan dikurniakan hidup dan akhirat yang diberkati.
Bagusnya, semoga kita semua dimurahkan rezeki seperti Chef Wan!
Baca: “Zero common sense” – [VIDEO] Chef Wan Bengang Keluarga Ni Selamba Buang Sampah Merata Di Airport