Seorang pelancong dari Israel kini menerima kecaman hebat netizen susulan tular satu video memaparkan pelancong wanita ini dikatakan sedang menghina pekerja sebuah cafe di Thailand.
Menerusi perkongsian TRT World di X, difahamkan pelancong wanita itu berang selepas diminta mengikut peraturan untuk tidak memakai kasut di sebuah cafe dekat Koh Pha Ngan pada Isnin lalu.
Geram apabila ada di antara staf cafe menyuruhnya pulang ke negara sendiri dan menyatakan dia tidak diterima di situ, wanita itu berkata,
Aku minta maaf, tapi duit aku bangunkan negara kau,” katanya dengan bangga.
An Israeli tourist in Thailand was filmed allegedly refusing to remove her shoes at a local restaurant, reportedly insulting the staff and saying “my money builds your country,” after being asked to follow the restaurant’s custom pic.twitter.com/m2dWqRsFkP
— TRT World (@trtworld) May 6, 2025
Artikel berkaitan: Syarat Baharu Sebelum ‘Check In’, Pelancong Israel Perlu Tandatangan Pengakuan Tidak Terlibat Jenayah Perang
Artikel berkaitan: Norway Enggan Bertemu Israel Untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026
Pelancong dakwa kenyataan disalah faham
Walau bagaimanapun, menurut laporan ASEAN NOW, pelancong tersebut telah cuba untuk mempertahankan dirinya dan mendedahkan bahawa kata-katanya telah disalah anggap.
Saya hanya cuba menjelaskan bahawa betapa banyak orang Israel telah menyumbang kepada ekonomi Thailand, bukannya nak memperlekehkan budaya mereka,” katanya.
Dia juga menjelaskan yang dia mengalami sakit kaki yang menjadi punca untuk tidak membuka kasut dan telah diberi kebenaran oleh staf untuk memakai kasut ketika di dalam cafe.
Selain itu, pelancong itu menjelaskan bahawa video berkenaan telah dirakam oleh seorang pelanggan lain yang telah mengubah naratif sebenar yang berlaku.
Malah dia juga mendedahkan telah menerima kata-kata hinaan dan keganasan fizikal ketika berada di cafe tersebut disebabkan insiden itu.
Video itu walau bagaimanapun telah menerima kecaman hebat netizen yang menganggap pelancong tersebut sebagai biadap dan tidak menghormati adat setempat.