in

“Dugaan ini sama ada kifarah atau menaikkan maqam…” – Isu MFL, Ini Respon Presiden FAM

hamidin naik maqam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dengan sikap Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana tidak serius bersuara mengenai hukuman yang diberikan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada Selangor FC awal minggu ini.

Mengambil maklum mengenai ‘teguran’ Sultan Selangor, pihaknya telah menghantar warkah kepada pihak Istana Selangor hari ini untuk mohon menghadap Sultan Selangor.


“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang perkara tersebut iaitu keputusan MFL dan saya sendiri telah menghubungi pihak istana Selangor semalam untuk mengadap Tuanku Sultan Selangor dan hari ini saya telah susuli dengan warkah surat untuk mengadap.

“Jadi insya-Allah saya akan cuba selesaikan dengan bertemu dengan Tuanku Sultan Selangor untuk beri penjelasan,” katanya.

Screenshot 2024 06 27 173855

Artikel berkaitan: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL Denda Selangor FC, Dianggap Tidak Bertanggungjawab & Tanpa Ihsan

Artikel berkaitan: “Tiada guna rekaan cantik tapi tak bawa pulang emas” – Isu Baju Rasmi Olimpik, Ini Respon CDM

Dalam pada itu, Hamidin akur dengan apa yang berlaku pada dirinya sepanjang minggu ini yang disifatkan sebagai minggu yang cukup mencabar buat dirinya.

Ini disebabkan, beliau bukan sahaja terpalit dengan isu bola sepak tetapi turut terpalit dengan kontroversi pakaian rasmi atlet untuk Sukan Olimpik Paris.

“Saya rasa mungkin ada hikmahnya. Sebagai orang Islam bila kita terima dugaan dia ada dua iaitu sama ada kifarah atau menaikkan maqam, jadi saya terima dan akan hadapinya.

“Kalau kita salah kita mengalah salahlah, kalau kita buat dengan betul, kita buat betul.”

Hamidin juga memberitahu bahawa beliau akan terus buat yang terbaik untuk sukan bola sepak di Malaysia selagi beliau memegang jawatan dalam badan induk bola sepak negara.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.