Semalam, Sunway Pyramid dibanjiri peminat apabila bintang K-Drama, Park Seo Joon hadir bagi sesi meet & greet bersama 300 pemenang bertuah Jom Minum MILO. Boleh dikatakan, rata-rata yang menghadiri sesi tersebut ialah peminat siri K-Drama.
Namun, peminat yang tidak terpilih sebagai pemenang untuk bertemu pelakon kacak itu ternyata mempunyai cara mereka yang tersendiri.
Menerusi rakaman yang tular, rata-rata peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melihat Park Seo-joon secara nyata.

@ariffsyauqi
Menerusi video yang dimuat naik oleh Ariff, dia merakamkan situasi di KLIA yang dipenuhi dengan peminat pelakon itu. Malah, dia sempat berseloroh dengan membandingkan dua crowd yang berbeza pada ketika itu.
“Yang belah ni nak pergi umrah, yang belah ni sambut artis Korea,” katanya dalam video tersebut.
Turut kelihatan rombongan umrah dilihat tergamam dan tersenyum melihat gelagat peminat Park Seo Joon. Video ini ternyata tular di media sosial dan membuatkan ramai warganet yang terhibur.

Untuk rekod, rata-rata peminat sudah berkumpul di Sunway Pyramid seawal jam 10 pagi. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bertuah.
Kredit: Ariff Syauqi
Video: SPRM Bongkar Sindiket Rasuah Kuota Tiket Umrah Dengan Bayaran Lebih RM10 Juta

