in

Dua Pegawai Polis Beri Dadah dan Rogol Gadis Muda di Kelab Malam di Cheras

Gadis Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang gadis telah diberi dadah dan dirogol oleh dua anggota polis di sebuah kelab di Taman Miharja, Cheras.

Pada malam kejadian, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah kilang dikatakan keluar bersama rakannya di Dataran Shamelin, Kuala Lumpur.


Seorang pegawai polis kemudian tiba dengan kereta dan memaksa mangsa untuk masuk sebelum membawanya ke kelab berkenaan.

Ketika di kelab, pegawai polis itu memperkenalkan mangsa kepada seorang lagi pegawai. Hmm lain macam je…

[sociallocker id=”1666″]

Mangsa kemudian mendakwa pegawai polis itu memaksanya untuk menelan pil yang menyebabkannya tidak sedarkan diri.

 Friends Shocked Monica Gasp Monica Geller Gif

Selepas sedar semula, mangsa mendapati dia berada di dalam sebuah bilik kosong di kelab itu dan pakaiannya tidak sempurna selain turut mengalami sakit seperti dicucuk di bahagian sulit yang kemudian membuatkan mangsa percaya bahawa dia telah dirogol.

Selepas menerima laporan polis daripada mangsa, polis segera ambil tindakan dan menahan empat suspek termasuk seorang pegawai polis, dua anggota polis dan seorang kakitangan awam.

Dua suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing. Malah, pegawai polis yang terlibat dilaporkan telah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi wartawan. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

[/sociallocker]

Polis
sumber: malay mail online

Pegawai polis sebeginilah yang mencalarkan nama baik dan membuatkan masyarakat memandang serong kepada institusi polis. Kerana nila setitik, rosak semua susu sebelanga…

Jadi, janganlah kita memandang kesemua pegawai atau anggota polis itu sama. Masih ramai abang polis di luar sana yang menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik. Salute!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.