Masalah panggilan palsu ini bukanlah isu baharu di negara kita. Semakin hari semakin banyak kes-kes melibatkan panggilan palsu dan perkara ini amat menyusahkan semua pihak.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang peniaga nasi lemak terkejut apabila mengetahui nombor telefon miliknya telah digunakan oleh individu tak bertanggungjawab untuk membuat panggilan palsu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @walawaemmpire di TikTok, kejadian berlaku ketika dia sedang berniaga sambil melakukan siaran langsung di platform terbabit.
Artikel berkaitan: “Scammer pun cair” – Cara Wanita Ini Layan Panggilan Palsu Buat Netizen Terhibur
Artikel berkaitan: Sanggup Bercerai Dengan Suami Jutawan, Wanita Terpedaya Untuk Berkahwin Dengan Brad Pitt ‘Fake’
Ketika dia sedang membungkus makanan, tiba-tiba datang sebuah trak bomba berhenti di hadapan gerainya yang terletak berdekatan Plaza Idaman, Gombak.
Seorang pegawai bomba memberitahu bahawa mereka ada menerima panggilan berkaitan kemalangan di situ, namun tiada apa yang berlaku setelah tiba di lokasi.
Peniaga itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa nombor yang membuat panggilan palsu itu adalah miliknya.
Bagaimanapun, dia menafikan telah membuat panggilan palsu tersebut kerana nombor itu daripada telefon yang dia gunakan untuk membuat live ketika berniaga.
Hal ini sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana nombor tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain.
“Aku dah terfikir polis akan angkut (tangkap) aku sebab buat panggilan palsu sedangkan aku tak buat. Macam-macam cara zaman sekarang ini orang nak buat jahat kan?
“Kesian pada pihak anggota yang terlibat. Kalau lah mereka yang buat kerja kotor ni tahu akibat, mesti mereka tak sanggup buat.
“Cuma mereka ni berani sebab susah nak kena tangkap je, tapi percayalah, kalau pihak berkuasa dah mulakan siasatan, pasti akan kena juga,” kongsinya.
@walawaempire mungkin bagi orang yang tak kena akan cakap benda kecik , tapi time ni dah terfikir macam macam . aku dah terfikir polis akan angkut aku sebab buat panggilan palsu sedangkan aku tak buat . macam macam cara zaman sekarang ni orang nak buat jahat kan . apa apa pun semoga awak yang buat saya ni jalankan hidup yang bahagia lepasni tau . #nasilemakwalawa #walawaempire
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu perniagaannya, malah memberi tekanan emosi. Difahamkan, peniaga itu telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Sumber: TikTok