Sejak kebelakangan ini, memang banyak drama-drama Melayu yang menjadi perhatian ramai penonton di Malaysia, antaranya drama Wanita Syurga, Khunsa dan Lelaki Itu.
Drama Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3 telah menjadi bahan perbincangan orang ramai apabila ada watak dalam drama tersebut yang terkahwin dengan abang sendiri.
Ini kerana watak Khai yang dilakonkan Aedy Ashraf dan watak Batrisya (Hannah Delisya) tidak mengetahui bahawa mereka berdua sebenarnya adik beradik (adik beradik sebapa tapi lain ibu) kerana bapa mereka telah berpoligami tanpa pengetahuan kedua-dua isterinya.
@featabas Apa akan berlaku sekiranya mereka ada anak bersma ? #lelakiitu #fyp #fypシ #episod23 #pmdepartment #rumahkaryacitra #tv3 #dramasangat
Apa yang lagi mengejutkan ialah, Batrisya kemudiannya disahkan hamil selepas berkahwin dengan Khai.
Kisah dalam drama itu menyebabkan ramai warganet yang nak tahu apakah hukumnya jika si ibu mahu menggurkan anak dalam kandungan akibat sumbang mahram.
Untuk pengetahuan semua, sumbang mahram ialah hubungan seks yang dilakukan sesama ahli keluarga seperti abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuan sama ada secara zina suka sama suka, dirogol atau tak sengaja terkahwin dengan adik beradik sendiri kerana tidak mengetahui mereka adik beradik.
Dr Kamilin Jamilin menerusi TikTok ada menjelaskan tentang hukum menggugurkan kandungan hasil sumbang mahram.
https://www.tiktok.com/@drkamilinjamilin/video/7359509882216746256?_r=1&_t=8lfxOFLWPBA
Artikel Berkaitan: Didakwa Berpakaian Syuhrah Demi Mencari Populariti, Aina Abdul Kena Tegur Dengan Ustaz?
Artikel Berkaitan: “Tak semua tapi ramai” – Agamawan Risau Trend Pergi Umrah Semata Kejar ‘Content’
Dalam video yang berdurasi selama lebih satu minit itu, Dr Kamilin menjelaskan bahawa menurut ulamak, jika kandungan itu belum mencecah usia empat bulan atau 120 hari, hukumnya harus gugur jika ada sebab yang munasabah dan tidak memudaratkan ibu.
Namun, jika kandungan telah mencecah 4 bulan atau lebih, adalah haram hukumnya kerana janin itu dikira telah bernyawa melainkan ada asbab yang betul-betul mendesak seperti boleh membahayakan nyawa si ibu.
Untuk pengetahuan anda juga, anak hasil daripada sumbang mahram juga tidak boleh dinasabkan iaitu dibinkan atau dibintikan kepada si ayah yang telah menyebabkan kelahirannya.
Namun, untuk kes watak Khai dan Batrisya dalam drama Lelaki Itu pula di mana mereka telah terkahwin kerana tidak mengetahui mereka berdua adalah adik beradik dek kerana kesilapan ayah mereka yang berpoligami tanpa memberitahu kepada kedua-dua isterinya pula, anak Khai dan Batrisya itu tidaklah dianggap tidak sah taraf sebaliknya bayi itu dianggap sebagai anak yang terhasil daripada persetubuhan yang diragui atau persetubuhan syubhah.
Jadi, untuk kes seperti dalam drama itu, anak itu boleh dibin atau dibintikan dengan ayahnya namun ibu dan bapa anak itu harus dipisahkan iaitu perkahwinan mereka perlu dibubarkan.