in

“Don’t go alone!” – Wanita Diganggu 2 Lelaki, Menyorok Bawah Pokok & Tebuk Paku Pada Kereta

plaza 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar kes wanita diganggu oleh lelaki yang tak dikenali di tempat awam. Lagi-lagi bila tempat tu tak ramai orang dan agak sunyi seperti di tempat letak kereta.

Semalam, tular di X satu hantaran yang dimuat naik oleh @adlinakml menceritakan pengalaman ngeri seorang pengikutnya yang diganggu oleh dua lelaki stranger. Difahamkan, kejadian itu berlaku di tempat parking di salah sebuah pusat beli belah yang terletak di Shah Alam.


plaza 1

Menyorok depan kereta perempuan

Ketika itu, dia dan rakannya mahu masuk ke dalam kereta tetapi mereka dihalang oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali melepak berhampiran dengan keretanya. Dikatakan, dua orang lelaki itu tidak mahu beredar lalu pergi menyorok di bahagian hadapan kereta wanita berkenaan.

Dua laki ni kacau kete aku melepak and wouldn’t leave and when kitorang taknak masuk kete dorg sorok kat depan kete so we couldn’t see them.

Artikel berkaitan: Guru Kaunseling Sekolah Direman, Buat Gangguan Seksual Depan Murid & Anak Sendiri

Artikel berkaitan: Tular Rakaman Gangguan Ketukan Di Parit Raja, Penduduk Dakwa Ada Individu ‘Test’ Ilmu Hitam

Apabila wanita itu mahu memasuki keretanya, dua orang lelaki itu terus berjalan mendekati mereka. Mujur pada ketika itu ada kereta yang sedang memasuki parkir yang lain jadi dua lelaki itu hanya berdiri di belakang keretanya.

When we nak masuk kete dorg bangun dari hiding spot tu and walked towards us tapi ada kete lain masuk parking and they just stood behind my car.

plaza 2

Wanita tersebut turut menunjukkan gambar lakaran kejadian tersebut berlaku.

They were squatting under the tree in front of my car pasti kitaorg datang dia pusing ke sini n just stood there tengok kitorang keluar parking.

plaza 3 1

Kereta kena tebuk paku

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa dua lelaki stranger itu menebuk keretanya dengan sebatang paku ketika mereka sedang menyorok di hadapan kereta.

plaza 4

Menjengah di ruangan balas, rata-rata warganet turut menceritakan pengalaman mereka diganggu oleh orang yang tidak dikenali di tempat awam.

plaza 5 plaza 6

Fuh.. seram min baca cerita ni.. girls out there, kalau boleh jangan jalan sorang2 tau!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.