Seorang murid Darjah 2 hilang penglihatan kedua-dua belah matanya gara-gara selalu dihidangkan dengan makanan berproses sejak dari bayi.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan, Dr Erna Nadia yang mana kejadian itu berlaku ketika murid terbabit berada di sekolah sekitar ibu negara.
Menurut Dr Erna Nadia, murid berkenaan secara tiba-tiba hilang penglihatan sebelum memberitahu guru kelasnya.
Artikel berkaitan: “Hargai Zuriat Yang Allah Amanahkan” – Netizen Tegur Ibu Bapa Manjakan Anak Dengan JUNK FOOD
“Teacher, why cant I see anything?. Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu.
“Cikgu terus call parent murid ini dan terus murid ini dihantar ke hospital.”
Jelasnya, setelah murid itu melakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan begitu panjang prosesnya, keputusan mendapati kanak-kanak itu kekurangan vitamin A yang teruk.
“Terduduklah ibu bapanya. Sebabnya bila dietitian siasat, anak ini cuma makan processed foods sahaja iaitu nugget, sausage dan cookies sejak dari bayi sampailah ke darjah dua,” katanya.
Katanya lagi, kes ini berlaku di negara kita dan keluarga murid terbabit bukanlah bekerja biasa-biasa.
“Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tidak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi cubalah beli makanan yang betul serta lengkap.
“Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul-betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu.
“Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil-kecil pun mak, ayah, atok dan nenek bagi makanan biasa saja kan,” ujarnya.
Dalam pada itu, doktor juga berkongsi simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih.
Individu itu akan sukar melihat pada waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata dan jika dibiarkan akan menyebabkan kehilangan penglihatan.
Sumber: Facebook