Rambut beruban kadang-kadang boleh mengganggu keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang lain. Kalau dah lanjut usia, kita faham. Kalau yang muda-muda ni boleh hilang confident tau.
Korang tau tak punca rambut beruban di usia muda? Haa.. ni admin nak share info pasal punca dan cara untuk elakkan rambut beruban yang di kongsi oleh @DoktorSamhan kat akaun Twitter miliknya.
Ada bahan semulajadi dan sel yang memainkan peranan dalam memberikan warna gelap kepada rambut. Kalau sel ni merosot, memang cepat putih lah rambut kita.
Punca cepat beruban
Sebenarnya banyak punca kenapa rambut kita beruban awal. Antaranya sebab keturunan dan ada juga sebab pemakanan dan gaya hidup kita.
Kalau kita ni memang keturunan rambut cepat putih, memang tak boleh buat apa lah. Kena terima je takdir dan ketentuan.
Oohh… pengambilan makanan yang ada vitamin B12 dan zat besi yang kurang pun boleh buat rambut beruban rupanya, admin baru tahu. Kena Google cepat apa lagi makanan yang ada banyak vitamin B12 dan zat besi ni.
Sabar ye semua… jangan stress-stress sangat. Selain tak elok untuk kesihatan mental, stress ni boleh buat rambut korang beruban jugak. Kawal emosi dan jaga kesihatan mental.
Buat yang merokok tu, lebih baik korang buang tabiat tu sebelum rambut beruban banyak. Uban naik empat kali ganda lebih cepat tau kalau merokok. Junk food pun kalau boleh kurang-kurangkan sekali.
Nak guna boleh, tapi jangan kerap sangat ye. Nanti rambut cepat rosak sebab tak tahan dengan suhu panas sewaktu tengah keringkan rambut tu.
Ganti lah pewarna rambut artificial tu dengan pewarna menggunakan bahan semula jadi. Bahan kimia dalam pewarna rambut pun boleh rosakkan rambut tau.
Cara untuk elakkan
Doktor ni ada share satu dah dekat dalam tweet dia kat atas tu. Nak elak rambut beruban ni katanya elak merokok dan banyakkan ambil makanan yang kaya dengan antioksida seperti teh hijau.
Haa… jangan lepas ni terus nak makan ikan salmon je. Ada lagi makanan lain yang boleh dipilih, telur boleh, seafood pun boleh.
Dalam makanan seharian tu jangan lupa untuk imbangkan semua sekali. Makan makanan yang tinggi kalsium juga ye.
Jangan kusut-kusut kalau dah mula beruban. Cuba cara yang doktor ni kongsi tadi. Kalau tanya admin, admin lagi rela rambut beruban daripada botak.
Baca: Lelaki ini Kongsi Tips Ringkas Penjagaan Rambut Lepas Shampoo