in

Doktor Ini Ajar Cara Nak ‘Rawat’ Anak Yang Dijangkiti HFMD, Ibu Bapa Boleh Try!

Untitled Design 2022 05 31T112942.123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ini, kita dikejutkan dengan wabak HFMD yang banyak menjangkiti kanak-kanak. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan jangkitan virus yang menyebabkan ruam pada tangan dan kaki, serta di dalam atau di sekeliling mulut.

Kes HFMD dikatakan telah meningkat dengan jumlah 47,209 dikesan sejak awal tahun dan menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ini adalah peningkatan 20 kali ganda jumlah kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.


Thumbnail Shutterstock 1110401888 1

Sebagai ibu bapa, perkara ini amat merisaukan kerana wabak ini boleh mengganggu selera makan anak-anak dan membuatkan anak-anak rasa tidak selesa.

Disebabkan itu, ibu bapa menjadi lebih mudah terpengaruh dan akan mencuba segala macam cara untuk menyembuhkan anak-anak, tetapi tahukah anda wabak HFMD ini adalah virus dan tidak boleh disembuhkan dengan apa jenis ubat sekali pun.

https://www.instagram.com/p/Cd9s3m0lVSK/?utm_source=ig_web_copy_link

 

“Sekarang ni saya tengok ada pula yang dok promote produk2 rawatan atau suplemen untuk merawat HFMD. Malah doktor pun ada yang promote produk dia untuk HFMD. Hmm betul ke tu?” 

Menurut perkongsian Dr. Izzar Anwari dalam Instagram miliknya, tiada ubat yang dapat menyembuhkan HFMD kerana ia berpunca dari virus, maka antibiotik juga tidak akan membantu.

Selain itu, penyakit ini juga biasanya akan sembuh sendiri dalam masa 7-10 hari, ubat daripada doktor pula bertujuan untuk mengurangkan gejala dan bukan untuk menyembuhkan.

Macam mana ibu bapa nak bantu anak-anak yang terkena HFMD?

Dalam perkongsian Dr. Izzar, ibu bapa boleh membantu anak-anak yang dijangkiti penyakit berjangkit ini dengan beberapa cara iaitu;

  • ️Memberi anak makanan senang telan yang sejuk seperti aiskrim, yogurt, smoothies untuk membantu gejala sakit tekak.
  • ️Elakkan minuman berasid/masam seperti jus buah, air bergas etc yang akan menyakitkan lagi sakit tekak
  • Elakkan makanan pedas atau masin
  • Untuk ruam kulit yang gatal, boleh dapatkan lotion anti-gatal seperti calamine lotion.

Ada tak cara untuk cegah HFMD ini?

Selain memberikan tips mengenai perkara yang ibu bapa boleh lakukan jika anak dijangkiti HFMD, Dr. Izzar juga berkongsi cara untuk mencegah wabak ini;

  • Menjaga kebersihan diri. Selalu cuci tangan
  • ️Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh . Kang anak orang lain dijangkiti
  • Elakkan anak dari berkongsi barangan (cawan, mainan) dengan anak lain jika dia pergi ke pusat jagaan.
  • Pusat jagaan kanak2 buat pembersihan pembersihan premis dan saring anak-anak yang masuk ke premis setiap hari.

Dr. Izzar juga berpesan kepada semua agar tidak terlalu cepat percaya dengan produk-produk ‘mujarab’ yang dikatakan boleh merawat HFMD.

Stay safe semua!

Baca: “Tak ada bukti saintifik” – KKM Tak Galak Rawatan Alternatif Guna Kunyit, Daun Semambu Untuk Rawat HFMD

Rawatan Alternatif Hfmd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.