Untuk menjadi seorang doktor bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka perlu menghabiskan pembelajaran yang sukar dan jalani latihan praktikal yang lama sebelum boleh bekerja dalam bidang tersebut.
Jadi sudah pasti, para doktor tahu akan semua jenis sakit dan juga puncanya. Namun, ada juga yang berani menipu mereka seolah-olah doktor tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
Kelmarin, seorang doktor bernama Najihah telah berkongsi kisahnya di Facebook berkenaan seorang pesakit remaja yang cuba menipunya ketika dia sedang bertugas di hospital.
Doktor tersebut telah ditugaskan untuk menangani kes seorang gadis belasan tahun yang mengadu mengalami pendarahan berlebihan dari kemaluan dan juga sakit di bahagian bawah abdomen. Bukan itu sahaja, pesakit juga mengatakan dia sudah 2 bulan tidak datang haid. Hmm pelik…
Apabila ditanya, remaja itu menafikan sebarang simptom darah beku atau pernah mengandung. Dari situ doktor tersebut mula musykil dan bertanya jika dia pernah melakukan hubungan seksual sebelum ini.
Gadis tersebut terus menafikannya namun saudara yang telah membawa gadis tersebut ke hospital mengesyaki bahawa dia sebenarnya telah keguguran.
Selepas rakan setugas Najihah beredar dari bilik tersebut, dia terus menarik langsir dan memeriksa perut pesakit sambil menyoal beberapa soalan, namun gadis itu cuma mengaku dia mempunyai seorang teman lelaki dan mendakwa dia tidak pernah terlanjur sebelum ini.
“Hmm kalau palpate perut, uterus at 20 weeks size. Well contracted.. scan uterus nampak besar tapi kosong.”
Najihah terus menanyakan soalan sehingga pesakit tersebut membuka cerita sebenar. Rupa-rupanya, gadis itu pernah ditangkap basah pada bulan Oktober tahun lalu dan mengaku pada ketika itu ia adalah kali terakhir dia melakukan hubungan seksual.
Selepas pengakuan tersebut, doktor terus mulakan pemeriksaan lanjut ke bahagian peribadi gadis itu. Ternyata kes pesakit tersebut lebih besar dari yang disangkakan. Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat koyakan di bahagian faraj yang hanya akan berlaku jika seseorang itu baru lepas melahirkan anak.
“Adik, adik cakap betul-betul. Adik dah bersalin kan? Adik tak payah tipu doktor. Adik ingat kami ni baru kerja sehari dua ke?”
Setelah didesak doktor-doktor di dalam bilik itu, dia mengaku bahawa dia sebenarnya baru sahaja bersalin namun enggan memberitahu bila waktu dia melahirkan dan juga lokasi bayi tersebut berada.
“Adik bersalin kat mana? Baby mana?”
Namun dia cuma mampu menjawab:
“Kat toilet… Saya tak tahu. Dia lahir-lahir tak menangis.”
Namun kisah tersebut dihentikan setakat itu sahaja. Najihah tidak menceritakan dengan lebih lanjut akan keadaan bayi dan remaja itu.
Insiden tersebut membuat Najihah berfikir mengapa sesetengah pasangan tidak dikurniakan anak walaupun mereka telah bertungkus-lumus berusaha untuk ke arah itu. Namun, gadis seperti pesakitnya ini telah menerima anugerah cahaya mata tersebut sedangkan dia tidak bersedia untuk mempunyai anak.
Dia mengakhiri statusnya dengan memberi kata-kata semangat apabila ditimpa kesusahan.
“Every next level of life will demand a different you.”
Semoga kita semua muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang Tuhan telah dikurniakan pada kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Baca : “Meh sini aku jilat!” – Remaja Hamil Kongsi Bagaimana Seks Bebas Bermula Sejak Darjah 6