Sedang orang ramai kecoh mencari vaksin Influenza A di mana-mana klinik dan hospital swasta yang kian kehabisan, tak sangka pula muncul suara-suara ‘sinis’ daripada golongan antivaksin yang memerli mereka ini.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, netizen ini mendedahkan sikap golongan antivaksin yang mula mengeluarkan ‘teori pelik’ di sebalik situasi panik akibat tersebarnya wabak Influenza A ni.

“Macam mana antivaxx boleh cakap influenza ni gimik sebab nak habiskan vaksin yang dah nak expired?”
Menurut netizen ini, golongan antivaksin sudah mula mengeluarkan teori sendiri dengan mengatakan penyakit Influenza yang sedang merebak kini hanyalah gimik kerajaan demi nak menghabiskan stock vaksin yang bakal expired.
Agak pelik jugalah mereka kata benda ni gimik kerana kalau benda ni tak betul, yang masuk hospital ramai-ramai tu pelakon ke??

Lebih mengejutkan, ada di kalangan mereka juga menuduh doktor-doktor ni bagai salesman yang menjual ubat. Hmm parah ni…

“Ya rabbi takda ke vaksin untuk anti-kebodohan melampau?”
Rata-rata netizen memang marah dengan apa yang disebutkan golongan antivaksin ini. Dah tak mahu vaksin tu tak apa, tapi tak perlulah keluarkan teori yang pelik macam ni.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat pesakit yang kini menghidapi virus Influenza A. Kalau rasa diri anda berisiko, eloklah ambil vaksin tersebut.

