Pelakon filem Bunohan, Pekin Ibrahim reda apabila keretanya yang baru sahaja tiba di Malaysia mengalami kemalangan sehingga total lost.
Kereta GR Yaris Kansai D1 Edition itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Putra Height baru-baru ini.
Dalam akaun TikTok miliknya, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan memberitahu bahawa kereta tersebut tidak dipandu olehnya pada ketika itu, sebaliknya ia dipandu rakan yang dikenali sebagai Amirul.
@pekinibrahim74 DOA YANG BAIK BAIK SEMUA . ❤️#bigjoecarwashanddetailing #Gryariskansai #Tinggalkenangan
“Tiga orang berada dalam kereta itu ketika kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang, manakala Amirul yang memandu.
Alhamdulillah semua selamat walaupun alami kecederaan termasuk patah bahu. Doakan mereka semua cepat sembuh,” katanya.
Walaupun kehilangan itu amat besar buatnya, namun dia meminta agar tiada pihak yang bercakap buruk mengenai kejadian itu termasuk ura-ura yang mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan itu kerana berlumba.
Kansai total lost teruih pic.twitter.com/FeY8GQRuON
— ӄɢ (@kertasgraf) July 10, 2023
“Berhenti sebarkan perkara yang bukan-bukan. Benda berlaku sekelip mata, semua qada dan qadar.
Insurans akan cover, Insya-ALLAH. Kami akan bincang selepas semuanya sihat. Harap doakan yang baik-baik,” ujarnya lagi.
Selain itu, dia berterima kasih kepada semua yang bertanyakan khabarnya dan mengambil berat tentangnya.
Pelakon filem francais Rock Oo itu turut menitipkan pesanan kepada semua orang di luar sana agar berhati-hati ketika memandu dan sentiasa beringat jika memandu kereta kawan.
Baca: “Tidak berfikir waras” – Lelaki Didakwa Jadi Punca Kemalangan Penunggang Ducati Mengaku Sakit Mental